Fungsi Dan Kegunaan ‘Cruise Control’

Sejajar dengan kempen keselamatan jalan raya ‘Road Safety Awareness Campaign’ oleh SPANCO, PRIHATIN terpanggil untuk sama-sama menyebarkan maklumat bagi meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil demi menjaga keselamatan di jalan raya.

Bagi keluaran kali ini, kami ingin mengetengahkan fungsi dan kegunaan sistem ‘cruise control’ atau sistem kawalan pemanduan dalam kenderaan.

Fungsi ‘Cruise Control’

Sistem ‘cruise control’ adalah satu sistem automatik dalam kenderaan yang digunakan untuk mengawal halaju kereta. Teknologi ini digunakan untuk memudahkan pemandu yang melakukan perjalanan jauh di lebuh raya.

Menerusi sistem ini, para pemandu boleh memandu dengan tenang tanpa memijak pedal pemecut secara berterusan.

Selain itu, anda juga dapat menjimatkan penggunaan bahan api serta meningkatkan jangka hayat tayar kerana kereta bergerak pada kelajuan tetap.

Mengaktifkan ‘Cruise Control’

Cara penggunaan sistem ini sangat mudah dengan hanya menekan punat ‘cruise control’ pada stereng dan tetapkan tahap kelajuan pilihan anda. Sekiranya anda ingin mengurangkan kelajuan, tekan butang ‘cancel’ untuk membatalkan sistem sedia ada dan kurangkan kelajuan secara manual.

Senang bukan? Kenderaan anda akan bergerak tanpa memerlukan anda memijak pedal pemecut. Anda boleh berhenti menggunakan sistem ini dengan menekan pedal brek atau membatalkan fungsi ‘cruise control’ dan mengambil alih pemanduan.

Walau bagaimanapun, setiap kenderaan mempunyai butang ‘cruise control’ berdasarkan reka bentuk yang ditetapkan oleh pengeluar. Anda boleh mengetahui cara penggunaannya mengikut buku panduan kenderaan masing-masing.

Selain itu, dengan perkembangan teknologi kini terdapat ciri ‘adaptive cruise control’ yang mampu mengawal keseluruhan sistem pemanduan kereta. Sistem ini mempunyai ciri tambahan yang boleh menetapkan jarak selamat dengan kenderaan hadapan. Biasanya terdapat sensor, kamera dan penggera yang membantu pemandu ketika sistem ini diaktifkan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!