Jenis-Jenis Pasta Yang Tidak Diketahui Ramai

Pasta merupakan sejenis mi yang menjadi makanan ruji bagi rakyat Itali. Ia sangat terkenal dan digemari ramai di seluruh pelosok dunia hingga menginovasikannya mengikut cita rasa masing-masing. Walau bagaimanapun, masih ramai tidak mengenali jenis-jenis pasta yang mereka makan dan hanya mengenalinya sebagai spaghetti. Disenaraikan jenis-jenis pasta lain selain spaghetti seperti berikut:

1. Makaroni

makaroni

Makaroni yang juga dikenali sebagai ‘macaroni’ adalah sejenis pasta yang diperbuat daripada gandum durum. Pasta kering, pendek dan berbentuk seperti huruf ‘C’ atau tiub siput ini digemari ramai kerana ia sesuai dimakan bersama keju.

karolina-kolodziejczak-96_CGkcHmNQ-unsplash

Ia juga dikenali sebagai pasta ‘elbow’ kerana bentuknya menyerupai siku. Selain dimasak dengan keju, makaroni juga sesuai dimakan dengan sup.

2. Farfalle

farfalle

Farfalle ialah pasta yang dikenali sebagai ‘bowtie’ atau kupu-kupu kerana bentuknya seperti rama-rama. Ia dinamakan demikian kerana dalam bahasa Itali, Farfalle adalah bermaksud kupu-kupu. Terdapat beberapa jenis pasta yang tergolong dalam keluarga yang sama iaitu Farfalle Rigate, Farfallone dan Farfalline.

megan-markham-bucknall-edyYnPwpcXQ-unsplash

Ketiga-tiga pasta ini mempunyai rupa yang sama tetapi hadir dalam saiz yang berbeza. Pasta jenis ini biasanya disajikan dengan sos berkrim, makanan laut, sos tomato, sos daging dan juga dimakan bersama salad.

3. Gnocchetti Sardi

gnotchii

Gnocchetti Sardi adalah sejenis pasta yang berasal dari Sardinia, Itali. Ia mempunyai bentuk seperti siput sedut dan dikenali sebagai ‘Malloreddus’.

Pasta ini diperbuat daripada gandum durum, air, garam dan tepung. Ia turut menjadi salah satu hidangan tradisional wajib yang disediakan di Sardinia untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan, kenduri kampung, percutian dan sebagainya.

micheile-henderson-UzmWI5LwP70-unsplash

Gnocchetti Sardi sesuai dimakan dengan sos tomato, labu, pesto dan sebagainya mengikut selera masing-masing.

4. Penne

penne

Penne adalah nama yang telah diterjemahkan daripada perkataan ‘pen’ kerana ia mempunyai bentuk seperti pen iaitu silinder yang dipotong serong dihujungnya. Ia merupakan salah satu pasta yang digemari ramai kerana penne sesuai dimasak dalam pelbagai cara.

pexels-yasser-mohamed-4378160

Penne Lisce, Penne Rigate, Pennoni dan Mostaccioli ialah antara pasta yang mempunyai bentuk yang sama dengan penne tetapi tekstur yang berbeza.

5. Ravioli

ravioli

Ravioli merupakan pasta berbentuk segi empat atau bulat yang mempunyai isi inti dalam aduanan pastanya. Ia diperbuat daripada telur, tepung, garam, minyak zaitun dan air.

tom-dillon-9eIbwtyl4Xs-unsplash

Biasanya, Ravioli direbus dan disajikan dengan sos, sup atau digoreng dengan minyak zaitun. Makanan asas tradisional Itali ini mempunyai isi Ravioli seperti ricotta, bayam, keju, daging, makanan laut dan sebagainya yang bergantung pada wilayah negara tersebut.

6. Capellini

cap

Capellini adalah pasta yang sangat nipis dengan diameter antara 0.85 milimeter hingga 0.92 milimeter. Ia mempunyai bentuk seperti spaghetti tetapi terlalu halus seakan bihun.

mgg-vitchakorn-PLyJqEJVre0-unsplash

Pasta ini juga sangat cepat dimasak dan disediakan. Ia digemari ramai kerana sesuai digandingkan bersama kuah tomato dan digoreng dengan mentega atau dibakar.

7. Fusilli

fusili

Fusilli (foo-SILL-ee) adalah sejenis pasta Itali yang berbentuk seperti ‘spiral’ kerinting atau maggi. Ia sesuai dimakan bersama salad atau dihidangkan dengan sos pekat seperti sos tomato, krim, daging, sayur, limau dan sebagainya.

aleksandra-tanasiienko-0y6eMd8vevA-unsplash

Bentuk pasta ini memudahkan ia cepat menyerap sos yang disajikan dan meningkatkan selera makan seseorang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!