Tayar Pancit Di Tengah Jalan, Ini Langkah Menukar Tayar Paling Mudah!

Pernahkah anda mengalami situasi tayar pancit di tengah-tengah jalan akibat terkena objek tajam, kurang udara atau terlanggar lubang? Pada situasi begini anda pasti berasa cemas dan selalunya akan menghubungi orang lain untuk meminta bantuan bagi menukar tayar.

Mengapa menunggu orang lain apabila anda boleh menukar tayar dengan sendiri? Jangan panik dan ikuti langkah berikut untuk menukar tayar pancit atau bocor anda seperti berikut:

1. Berhenti Di Tempat Selamat

Tindakan pertama yang perlu anda lakukan adalah memberhentikan kereta di tempat yang selamat supaya tidak menghalang kenderaan lain dan anda mampu menukar tayar di tempat yang sesuai.

Pastikan anda mencari kawasan yang selamat, rata dan stabil untuk mengelakkan badan kereta daripada menggelongsor dan dapat ditampung serta dijongketkan oleh alat tuas.

2. Letakkan Tanda Amaran

Letakkan tanda amaran segi tiga atau kon keselamatan untuk memberi amaran kepada para pengguna jalan raya lain serta menghidupkan lampu kecemasan agar mereka dapat melihat anda dari jauh. Pastikan meletakkan tanda amaran ini lebih kurang 10 meter daripada bahagian belakang kenderaan anda.

3. Keluarkan Alatan Kecemasan

Segera mengeluarkan alatan menukar tayar seperti tayar simpanan, spanar, alat tuas dan lain-lain peralatan kecemasan yang ada dalam kenderaan anda untuk memulakan proses menukar tayar pancit.

4. Longgarkan Nat Tayar

Setelah mengeluarkan alatan, anda boleh mula melonggarkan dan buka kesemua nat yang mengunci tayar dengan spanar. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan tayar pancit daripada kedudukannya. Simpan semua nat tersebut di tempat yang selamat agar anda boleh menggunakan semula selepas memasang tayar baharu.

5. Jongketkan Kereta Dengan Alat Tuas

Gunakan alat tuas untuk jongetkan kereta anda sehingga tayar boleh berputar. Letakkan alat tersebut di bawah kereta dengan memastikan kedudukan yang betul menyelusuri lurah yang tersedia.

6. Pasang Tayar Simpanan

Setelah menjongketkan kereta, anda boleh mengeluarkan tayar lama daripada gandar roda dan pasang tayar baharu atau tayar simpanan. Ketatkan semua nat pada rim dengan menggunakan tangan anda.

7. Ketatkan Nat

Keluarkan alat tuas dengan memutarnya kembali agar tayar boleh mencecah permukaan jalan sebelum mengetatkan nat pada kenderaan. Gunakan spanar untuk ketatkan semula semua nat dengan kemas dan teratur.

8. Ganti Semula Tayar Bocor

Setelah memasang tayar simpanan, anda boleh simpan segala peralatan yang digunakan di dalam kereta. Segera ke pusat servis kereta yang terdekat bagi menggantikan tayar bocor dengan tayar yang baharu. Pastikan tayar simpanan disimpan semula dalam kenderaan anda pada keadaan yang baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!