6 Sarapan Roti Bakar Berkhasiat, No. 5 Paling Lazat!

Roti bakar sangat enak dimakan sebagai sarapan atau minum petang dan digemari ramai kerana ia mudah disediakan. Ia biasanya dimakan bersama mentega, kaya, jem, Nutella atau telur. Namun anda boleh menikmati hidangan ini dengan pelbagai jenis menu lain bagi meningkatkan selera dan menambah kepelbagaian.

Dikongsikan beberapa resipi roti bakar yang bukan sahaja enak tetapi ia dapat memberi tenaga yang anda perlukan pada setiap hari. Selamat mencuba!

pisang

1. Roti Bakar Hirisan Pisang

Menu sarapan pagi yang klasik dan sedap untuk dimakan adalah roti bakar bersama mentega badam dan hirisan pisang. Ia sangat mudah untuk disediakan dan sesuai bagi individu yang mengejar masa untuk ke tempat kerja atau melakukan sebarang aktiviti pada waktu pagi.

Sediakan sekeping roti bakar, kemudian tambahkan lapisan mentega badam dan hirisan pisang di atas roti tersebut serta nikmatinya bersama buah-buahan pilihan anda. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadikan ia sebagai sumber tenaga dan makanan ringan yang sihat.

avo

2. Roti Bakar Avokado

Sarapan pagi popular dan cukup terkenal di negara barat adalah roti bakar dengan avokado atau lebih dikenali sebagai buah adpokat. Buah hijau ini bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah ia mempunyai kandungan nutrien tinggi seperti zat besi, vitamin A, kalsium, vitamin C, fosforus dan sebagainya.

Lenyekkan buah avokado dan sapukan ia di atas roti bakar serta nikmatinya bersama serpihan keju feta, minyak zaitun, buah delima, strawberi atau buah-buahan lain mengikut selera anda.

krim keju

3. Roti Bakar Krim Keju

Krim keju mempunyai kandungan lemak tinggi serta ia merupakan sumber vitamin A dan riboflavin yang baik. Oleh itu, ia amat sesuai dimakan bersama roti bijirin yang mempunyai kandungan serat tinggi serta berkhasiat untuk dinikmati sebagai sarapan atau makan lewat malam.

Anda boleh melengkapkan hidangan ini bersama buah-buahan atau telur goreng bagi meningkatkan selera makan anda.

baked beans hazelandcacao.com
Sumber: hazelandcacao.com

4. Roti Bakar Kacang Panggang

Selain menjadi sumber mineral yang baik seperti zat besi, kacang panggang adalah makanan berkhasiat yang mempunyai kandungan karbohidrat tanpa lemak dan nutrien lain yang penting untuk diet harian kita.

Ramai tidak gemar makan kacang panggang begitu sahaja. Oleh itu, anda boleh cuba hidangan ini dengan menikmatinya bersama roti bakar, taburan buah-buahan seperti avokado, strawberi dan mangga, serta telur, salsa dan ketumbar.

kale myrecipes.com erin kunkel
Sumber: myrecipes.com

5. Roti Bakar Tumisan Kale

Pernahkah anda makan roti bakar tumisan daun kale? Daun kale adalah sumber makanan yang kaya dengan zat makanan tinggi seperti zat besi, vitamin A, vitamin K, magnesium, kalsium dan sebagainya.

Anda boleh makan roti bakar bersama tumisan kale, telur rebus carak ‘poached egg’, serpihan keju feta, cendawan dan sebagainya.

salmon

6. Roti Bakar Ikan Salmon

Ikan salmon merupakan antara ikan yang popular kerana kandungan Omega 3 yang tinggi serta mempunyai rasa enak dan berlemak. Ia lebih lazat dimakan bersama roti bakar yang dihidangkan dengan keju kambing, parsli, tomato dan cili. Nikmati sarapan mudah dan sedap ini bersama keluarga anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!