Menangani Kecemasan Di Lebuh Raya

Lebuh raya adalah rangkaian jalan raya utama yang sentiasa digunakan oleh orang ramai untuk berulang-alik ke tempat kerja, balik kampung atau ke destinasi tertentu. Jalan raya ini sentiasa sibuk dan dipenuhi kenderaan terutamanya pada waktu puncak atau ketika musim perayaan.

Situasi yang tidak terduga boleh berlaku apabila memandu di lebuh raya. Oleh itu, adalah penting untuk kita sebagai pemandu kenderaan mengetahui panduan bagi menangani situasi kecemasan sekiranya ia berlaku kepada anda.

Dengan ini, disenaraikan beberapa panduan yang perlu anda ketahui sekiranya mengalami kerosakan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya:

1. Berhenti Di Laluan Kecemasan

Langkah pertama yang perlu anda lakukan apabila terdapat sebarang kerosakan kenderaan seperti tayar pancit atau bocor, enjin panas, kemalangan atau lain-lain kecemasan adalah berhenti di laluan kecemasan yang disediakan di sebelah kiri laluan lebuh raya.

Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memberi ruang kepada pengguna lain.

2. Letakkan Tanda Amaran

Letakkan tanda amaran segi tiga ataupun kon keselamatan jalan raya pada jarak lebih kurang 10 meter daripada kenderaan anda supaya pengguna lebuh raya yang lain boleh melihat kelibat anda di laluan kecemasan.

3. Dapatkan Bantuan Kecemasan

Dapatkan pertolongan daripada pihak bantuan kecemasan pengendali lebuh raya dengan membuat panggilan di talian yang disediakan. Pastikan anda menyertakan maklumat seperti lokasi, butiran kecemasan dan arah perjalanan untuk memudahkan pihak bantuan kecemasan membantu anda dengan segera.

4. Tunggu Di Belakang Penghadang

Sementara menunggu pihak bantuan kecemasan sampai ke lokasi kejadian, pastikan anda menunggu mereka di belakang rel penghadang jalan bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau situasi tidak diduga berlaku.

5. Hubungi Pihak Insurans

Jika kereta anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh menghubungi talian kecemasan pihak insurans kenderaan untuk mendapatkan bantuan seperti lori tunda dan sebagainya.

6. Buat Laporan Polis

Pastikan anda melaporkan kepada polis sekiranya berlaku kemalangan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan selanjutnya dan memudahkan anda untuk membuat tuntutan insurans.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!