Burger Lazat Di Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba!

Burger adalah makanan jalanan kegemaran yang popular di Malaysia. Ia kini telah menjadi pilihan sebagai menu utama sehingga terdapat banyak restoran yang menyediakan pelbagai jenis burger yang lazat dan unik. Disenaraikan beberapa lokasi di Lembah Klang untuk anda menikmati makanan sedap ini bersama keluarga atau rakan.

Burger Permaisuri
Burger Permaisuri, Sumber: Instagram @kawkawburger

1. Kaw Kaw Burger

Tidak dapat dinafikan bahawa restoran Kaw Kaw Burger yang terletak di Wangsa Maju telah berjaya mendapat tempat dalam hati pelanggan dengan keenakan burger mereka. Restoran ini sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya pada waktu puncak. Antara menu burger mereka yang mendapat sambutan pelanggan adalah burger Bakar Kaw Kaw, Patti Panggang, Burger Ayam Permaisuri dan lain-lain.

salt and peper fb
Burger Cheese, Sumber: Facebook Salt & Pepper Restaurant

2. Restoran Salt & Pepper

Teringin makan burger pedas? Segera kunjungi atau pesan makanan dari restoran Salt & Pepper yang terletak di Bandar Baru Bangi bagi menikmati burger paling pedas bersama keluarga.

Terkenal sebagai pengguna cili terpedas di dunia, restoran ini telah mendapat tarikan pelanggan kerana menu burger yang lazat. Screaming Nachos Burger, Supreme Molten Cheese Burger, Explosive Inner Core Burger dan lain-lain adalah antara burger yang mendapat sambutan hangat pelanggan.

Anda juga boleh menikmati makanan western lain seperti Spaghetti, Pizza, French Fries dan lain-lain.

bill
Burger AhSeng, Sumber: Facebook The Billboard KL

3. The Billboard KL

The Billboard KL adalah antara restoran terkenal di Sungai Penchala, Kuala Lumpur kerana lokasinya yang betul-betul terletak di bawah papan iklan besar. Menariknya di sini adalah selain menu popular mereka iaitu stik dan pasta, burger juga telah mendapat sambutan hangat daripada para pelanggannya.

Burger daging lembu khas Billboard merupakan kegemaran ramai kerana patti daging lembu telah diperap selama 15 jam sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Anda juga boleh menikmati burger lain seperti burger biri-biri, ayam, burger Ah Seng dan sebagainya jika kunjungi di sini atau pesan melalui atas talian.

cili
Burger Cili, Sumber: Facebook Grease

4. Grease

Terletak di Persiaran Akuatik Shah Alam, Grease merupakan restoran burger terkenal bagi hidangan keju yang dijual pada harga berpatutan dan patti buatan sendiri.

Terdapat tiga burger yang disyorkan oleh restoran ini serta mendapat sambutan pelanggan adalah burger cili Texas, burger daging lembu meleleh dan burger kacang berdarah. Selain itu, terdapat juga makanan lain seperti pasta, nachos, kentang goreng dan sebagainya yang boleh dinikmati sebagai hidangan sampingan.

pasitano fb
Burger Klasik Daging Lembu, Sumber: Facebook Positano Risto

5. Positano Risto

Positano Risto merupakan restoran terkenal bagi hidangan makanan Itali yang terletak di Publika, Kuala Lumpur. Namun, ia tidak terlepas untuk menarik perhatian pelanggan dengan penyediaan burger lazat seperti burger klasik daging lembu. Ia disajikan dalam roti wijen buatan sendiri dengan sos cili, keju dan lain-lain.

burgerlab website
The Bomb, Sumber: myburgerlab.com

6. My BurgerLab

Seiring dengan namanya, My BurgerLab adalah kedai makanan burger unik kerana setiap hidangannya dikaji dan disediakan mengikut selera pelanggan. Teknik ‘Smash’ iaitu teknik khas mereka di mana daging untuk patti diratakan menjadi bola dan dihaluskan semula bagi memastikan rasa daging kekal enak.

Burger di kedai ini dihidangkan bersama roti arang buluh yang lebih dikenali sebagai ‘Charcoal Burger’ yang dibakar khas setiap hari untuk mengekalkan rasa segar dan keseimbangannya. Setiap burger dihidangkan dengan keju, tomato, sos, mustard madu dan lain-lain.

159524947_5162069423863816_8745999981527610940_n
Burger Triple Stack, Sumber: Facebook The Daily Grind

7. The Daily Grind

The Daily Grind yang terletak di Pusat Membeli Belah Bangsar Village 1 menyajikan burger daging lembu, ayam dan ikan yang enak. Kesemua patti burger dibuat sendiri untuk memastikan rasa dan kualitinya yang tersendiri.

Dengan ruang dalaman yang menyerupai restoran Amerika klasik, restoran ini sangat terkenal kerana ia menghasilkan sos, roti dan patti sendiri tanpa menggunakan perisa dan pengawet tiruan.

Burger Camembert, Burger Triple Stack dan Burger Down By The Sea adalah antara burger kegemaran orang ramai.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemua restoran yang disenaraikan di atas menyediakan perkhidmatan memesan makanan dalam talian dan ‘take-away’. Anda juga boleh melayari laman sesawang restoran-restoran tersebut bagi mendapatkan maklumat pengoperasian sepanjang PKP.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!