5 Restoran Makanan ‘Rooftop’ Popular

Makan sambil menikmati pemandangan yang mengasyikkan adalah satu pengalaman yang indah untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan. Tahukah anda terdapat banyak restoran dan kafe di Lembah Klang yang menyediakan tempat eksklusif begini? Jangan risau, kami akan menyenaraikan beberapa lokasi tersebut untuk anda menempuh pengalaman sebegini seperti berikut:

tan
Sumber: kampungboycitygal.com

1. Tangerine

Tangerine di Face Suites Kuala Lumpur adalah antara restoran popular untuk menikmati makanan dengan pemandangan yang menarik. Terletak di tingkat 51, restoran ini menyediakan makanan yang sedap dengan pemandangan yang mengagumkan.

Ia menawarkan hidangan moden Eropah dengan sentuhan klasik tempatan yang disediakan khas oleh ketua tukang masak ‘chef’ pemenang anugerah. Uniknya di tempat ini adalah menu makanan mereka diubah setiap tiga bulan untuk memberikan pelanggan mencuba hidangan yang pelbagai.

Thirty8- buro247.my
Sumber: buro247.my

2. THIRTY8

THIRTY8 merupakan restoran mewah yang terletak di tingkat 38 hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Terletak di tempat strategik hotel ini dengan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan makanan antarabangsa seperti makanan barat, Jepun dan Cina yang lazat!

Anda boleh kunjungi tempat ini bersama keluarga atau rakan dan berjalan di sekitar restoran untuk menikmati pemandangan sambil berhenti sebentar di dapur terbuka yang terletak di tengah-tengah restoran ini.

accod fb
Sumber: Facebook Accolades Lounge

3. Accolades Lounge

Ingin melihat matahari terbenam sambil menikmati makanan sedap? Kunjungi Accolades Lounge yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya untuk menenangkan fikiran dan berehat santai sambil melihat pemandangan cantik bersama insan tersayang.

chicken briyani
Briyani Ayam, Sumber: Facebook Accolades Lounge

Anda juga boleh merancang untuk makan malam romantik di ruang balkoni sambil mengamati panorama kota di waktu malam. Briyani Ayam, Kambing, Fish And Chips, Ayam Paprik, Chicken Chop dan sebagainya adalah antara makanan terlaris di restoran ini.

denali fb
Sumber: Facebook Denali & Pinnacles the Wanderer’s Cafe

4. Denali & Pinnacles

Terletak di Bandar Baru Bangi, Denali & Pinnacles adalah salah satu kafe ‘rooftop’ tersembunyi dan cukup popular di kawasan tersebut. Bertemakan Bohemian, kafe terbuka ini menyediakan makanan barat ‘western’ yang enak dalam suasana yang santai.

denali fb 1
Latte Coffee, Sumber: Facebook Denali & Pinnacles the Wanderer’s Cafe

Menu menarik seperti Peruvian Chicken, Tenderloin Beef Skewers, Cayenne Tender Chicken, Pasta dan lain-lain telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan mereka. Anda juga boleh mengadakan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, Hari Ibu dan sebagainya di sini sambil menikmati pemandangan bandar yang cantik.

The-39-Restaurant
Sumber: thevocket.com

5. The 39 Restaurant

Teringin menikmati masakan Melayu klasik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas? Anda boleh kunjungi The 39 Restaurant yang terletak di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menikmati juadah ini diiringi muzik latar yang menenangkan fikiran anda.

Terletak di tingkat 39 hotel, restoran ini mempunyai ruang makanan di dalam dan di luar dengan pemandangan kota Kuala Lumpur yang indah. Sup Ekor, Ayam Golek Perchik, Set Nasi Briyani Gam Ayam dan sebagainya telah mendapat sambutan pelanggan dan ia disediakan khas oleh ketua tukang masak ‘chef’ terkenal mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!