5 Kesan Buruk Akibat Makan Terlalu Laju

Adakah anda seorang yang sering makan terlalu laju? Tahukah anda makan dengan cara demikian boleh menjejaskan kesihatan? Cara makanan yang betul sangat penting untuk menjaga kesihatan diri. Oleh itu, disenaraikan beberapa kesan makan terlalu laju yang akan memudaratkan kesihatan seperti berikut:

1. Gangguan Sistem Pencernaan

Masalah kesihatan yang selalu dialami oleh seseorang yang makan laju adalah gangguan pada sistem pencernaan. Hal ini berlaku apabila anda tidak mengunyah makanan dengan betul sehingga menyebabkan sistem pencernaan mengambil masa yang lama untuk menghancurkan dan menghadam makanan.

2. Meningkatkan Berat Badan

Masalah obesiti bukan sahaja berlaku disebabkan makan terlalu banyak. Berat badan juga boleh meningkat disebabkan makan terlalu laju. Hal ini demikian kerana orang yang makan laju selalunya tidak berasa kenyang dengan mudah.

Oleh itu, mereka cenderung untuk makan lebih banyak dari semasa ke semasa sehingga melebihi keperluan badan yang memberi kesan jangka panjang terhadap berat badan.

3. Tersedak

Mengejar masa untuk menghadap kerja, tidak cukup masa untuk makan dengan tenang dan tidak sabar menelan makanan adalah punca seseorang makan dengan laju. Tanpa disedari, perbuatan ini boleh membuat anda tersedak dan tercekik kerana tidak memberi masa untuk mengunyah makanan dengan sempurna.

Hal ini juga boleh menyebabkan makanan tersangkut di esofagus dan lebih berbahaya jika ia mengganggu sistem pernafasan anda.

4. Gastrik

Gastrik atau pedih ulu hati adalah satu masalah kesihatan yang berlaku apabila asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut. Akan tetapi, makan terlalu laju juga boleh menyebabkan penyakit ini kerana makanan masuk ke dalam perut dengan kadar yang laju sehingga tidak memberi masa untuk makanan sedia ada turun ke dalam usus.

Oleh hal yang demikian makanan baharu akan ditolak keluar kembali dan memberi rasa pedih pada bahagian dada.

5. Masalah Jantung

Makan dengan laju boleh menyebabkan masalah jantung akibat sindrom metabolik. Ia berlaku apabila seseorang mengalami gangguan gula dalam darah dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti makan terlalu laju.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!