5 Punca Penyaman Udara Kereta Berbau

Penyaman udara kereta mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan bau busuk apabila tidak melakukan penyenggaraan dengan betul. Bau yang kurang menyenangkan juga boleh mengganggu tumpuan seseorang ketika memandu di jalan raya. Oleh itu, ketahui beberapa punca yang mendorong kepada pengeluaran bau seperti berikut:

1. Gegelung Penyejukan

Salah satu punca utama wujudnya bau busuk tersebut adalah daripada gegelung penyejukan atau lebih dikenali sebagai ‘cooling coil’ yang kotor. Ia berlaku apabila gegelung penyejukan memerangkap habuk, debu dan serpihan kecil hingga ia terkumpul tebal pada komponen ini.

Kesan daripada pengumpulan kotoran tersebut, bau busuk akan terhasil dan mencemarkan udara di ruang kabin. Lakukan penyenggaraan berkala bagi mengelakkan kekotoran berkumpul pada komponen ini.

2. Penapis Udara Kabin

Penapis udara kabin berfungsi untuk menghalang segala kotoran, debu, habuk dan debunga yang menerjah masuk ke dalam ruang kabin anda.

Pengabaian penjagaan boleh menyebabkan komponen ini mengumpul kekotoran yang boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan apabila anda menghidupkan penyaman udara. Bersihkan atau gantikan komponen ini setiap bulan agar ia berfungsi dengan baik tanpa mewujudkan sebarang bau busuk.

3. Makhluk Perosak

Ramai pengguna mengabaikan pemeriksaan komponen-komponen dalaman kereta terutamanya di bahagian sistem penyaman udara.

Terdapat kemungkinan bangkai makhluk perosak terselit dimana-mana komponen dalaman kereta hingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku, lakukan pemeriksaan berkala agar penyaman udara sentiasa berada dalam keadaan baik.

4. Kebocoran Gas

Kebocoran gas adalah faktor biasa yang boleh mencetuskan bau busuk di dalam kereta. Bagi mengenal pasti kebocoran yang berlaku, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan komponen kereta yang terletak berhampiran enjin. Sekiranya masalah ini terjadi baiki kebocoran gas ini secepat mungkin agar kesihatan anda tidak terjejas.

5. Pertumbuhan Bakteria

Pertumbuhan bakteria pada komponen penyaman udara boleh menyebabkan penghasilan bau busuk. Keadaan ini tercetus apabila proses penyejatan berlaku pada gegelung penyejukan yang secara tidak langsung mendorong kepada pertumbuhan bakteria seperti ‘Aspergillus’ dan ‘Penicillium’ pada komponen tersebut.

Lakukan pembersihan sebulan sekali bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan menjamin udara segar keluar daripada penyaman udara kereta.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!