Kempen Cabutan Bertuah Temu Janji Servis Melalui Aplikasi Mobil SPANCO

Satu Kempen Cabutan Bertuah Temu Janji Servis Melalui Aplikasi Mobil SPANCO telah dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Pelanggan ‘Customer Relationship Management’ – (CRM) pada tahun ini sebagai satu usaha mempromosikan penggunaan dan meningkatkan kesedaran bagi membuat temu janji servis melalui Aplikasi Mobil SPANCO. Buat masa ini kempen ini hanyalah khusus untuk pengguna yang membuat temu janji servis di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Pusat Servis Wilayah Bangi sahaja.

Pemenang yang bertuah akan memenangi hadiah berbentuk Payung Edisi Terhad SPANCO dalam kempen yang akan diadakan setiap tiga bulan sepanjang tahun ini. 20 pemenang cabutan bertuah pertama untuk tempahan servis bulan Januari hingga Mac 2021 telah berjaya dipilih pada 27 April yang lalu. Setiap cabutan telah dipilih secara rawak dengan menggunakan perisian ‘Random Picker Wheel’. 

Outlook-0cixfwqm

Daripada jumlah pemenang tersebut, sebanyak 10 pemenang adalah dari pelanggan Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan 10 pemenang lagi adalah pelanggan dari Pusat Servis Wilayah Bangi.

Untuk pengetahuan anda, Aplikasi Mobil SPANCO telah diperkenalkan sejak tahun 2016. Pelbagai usaha dilakukan oleh SPANCO bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ini agar memberi kemudahan kepada pelanggan untuk melakukan temu janji servis dan menikmati perkhidmatan lain yang disediakan melalui telefon pintar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!