Fungsi Jabatan Khidmat Pengurusan Fleet SPANCO

Jabatan Khidmat Pengurusan Fleet merupakan tulang belakang kepada operasi SPANCO yang merangkumi dua fungsi utama iaitu Perolehan dan Pembekalan Kenderaan juga Pentadbiran Fleet. Jabatan ini sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi dan perubahan teknologi yang semakin mencabar di samping perlu lebih komited dan melakukan penambahbaikan yang berterusan.

Selain itu, jabatan ini juga sentiasa berhubung dengan Perbendaharaan Malaysia berkaitan perihal pentadbiran fleet. Bagi memberi pendedahan terhadap fungsi jabatan ini, disenaraikan beberapa fungsi utama seperti berikut:

Fungsi Unit Perolehan dan Pembekalan Kenderaan

Fungsi utama unit ini adalah: 

  • Menguruskan perolehan kenderaan dari pembekal melibatkan penggantian dan pesanan baharu. 
  • Menguruskan pemeriksaan pra-penghantaran (PDI), pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan penyediaan kenderaan sebelum diserahkan kepada pelanggan. 
  • Melesenkan kenderaan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) termasuk urusan penamatan, pembatalan dan proses ubah syarat. 
  • Menguruskan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) termasuk bagi tujuan pertukaran nombor pendaftaran.  
  • Menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak. 
  • Menguruskan kenderaan-kenderaan yang tamat pajakan untuk diserahkan kepada syarikat kereta terpakai. 
  • Menguruskan pentadbiran kereta tunggu sedia Perbendaharaan Malaysia.

Fungsi Unit Pentadbiran Fleet

Fungsi utama unit ini adalah:

  • Mengurus serta mengemas kini pangkalan data fleet melibatkan maklumat kenderaan dan pengguna antaranya pertukaran pengguna dan perpindahan lokasi sesebuah kereta. 
  • Menguruskan invois pukal bulanan kepada pihak Kerajaan di samping Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pembayaran (Self – Accounting – Department). 
  • Menguruskan pembaharuan dan penghantaran cukai jalan pelanggan. 
  • Menguruskan pentadbiran kemalangan termasuk penamatan awal kenderaan yang terlibat dengan kemalangan teruk berdasarkan kelulusan Perbendaharaan Malaysia. 
  • Memastikan dokumen-dokumen penting disimpan dengan selamat bagi senarai semakan.
  • Menyediakan laporan bulanan kepada Kementerian Kewangan agar prestasi SPANCO dapat dinilai.

Dalam menggalas tanggungjawab memastikan pelanggan SPANCO sentiasa mendapat khidmat fleet yang terbaik, Jabatan Khidmat Pengurusan Fleet akan terus berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan dalam menangani cabaran-cabaran yang ada.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!