6 Petua Tradisional Bagi Menghilangkan Semut Di Rumah

Melihat kelibat semut di rumah memang boleh buat ramai orang naik darah. Oleh kerana serangga kecil ini, penghuni rumah tidak boleh tinggalkan sebarang makanan tanpa menutupnya dengan betul. Bagi memudahkan hidup anda, dikongsikan beberapa petua tradisional yang boleh menghilangkan semut seperti berikut:

pexels-klaus-nielsen-6294180

1. Kulit Telur

Tahukah anda kulit telur boleh menghalau semut? Jika anda merupakan seorang yang sentiasa membuang kulit telur dalam tong sampah, selepas ini jangan lakukan benda yang sama kerana ia boleh digunakan sebagai ubat serangga perosak.

Proses penggunaan kulit telur sangat mudah di mana anda perlu hancurkan kulit telur dahulu dan kemudian bakar ia sehingga menjadi abu. Selepas itu, gunakan abu tersebut dengan menaburkannya di tempat-tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pada sarang semut pun boleh.

daun-sirih-foto-istimewa
Sumber: www.jpnn.com

2. Daun Sirih

Daun sirih bukan sahaja digunakan bagi adat resam atau bagi tujuan makanan, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan semut kerana makhluk ini tidak suka akan bau daun sirih.

Anda perlu potong daun tersebut secara kecil-kecilan dan kemudian taburkan di laluan semut atau tempat yang biasa anda rasa semut selalu berkerumun di rumah.

Basically-White-Vinegar-02
Sumber: bonappetit.com

3. Cuka

Cuka putih mempunyai bau yang sangat kuat sehingga sesiapa pun tidak boleh bertahan dengan bau tersebut. Ia boleh digunakan sebagai penghalau semut dengan melarutkannya dalam air dan semburkan air tersebut pada celah pintu, peti sejuk dan tempat selalu ada semut.

Pastikan mengulang proses ini beberapa kali selepas semburan tersebut semakin kering dan sehingga anda tidak lagi melihat serangga perosak ini.

pexels-ready-made-3847455

4. Serbuk Kopi

Serbuk kopi mempunyai pelbagai fungsi selain menghilangkan bau busuk dalam kenderaan atau tempat lain. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

Gunakan sedikit serbuk kopi dengan menaburkannya di kawasan laluan semut bagi beberapa hari. Bau kuat daripada serbuk kopi akan menyebabkan ia menjauhi kawasan tersebut.

k15-photos-hXdZR0_GhQ4-unsplash

5. Bunga Cengkih

Serbuk bunga cengkih mempunyai bau rempah yang kuat dan ia boleh mengelakkan semut mendekati kawasan tersebut. Oleh itu, gunakan serbuk bunga cengkih di laluan semut dan biarkan ia untuk beberapa hari sehingga makhluk perosak lenyap daripada kawasan tersebut.

Selain itu, bagi mengurangkan semut berkumpul dalam balang gula, anda boleh meletakkan dua hingga lima bunga cengkih di dalam balang. Ia adalah salah satu cara paling efektif bagi mengusir semut hitam daripada balang gula anda.

pexels-kaboompics-com-5765

6. Bedak Atau Tepung

Bukan sekadar bau kuat, semut juga tidak suka dengan bau wangi daripada bedak. Ia boleh mempengaruhi serangga tersebut daripada membiak di tempat-tempat tersebut.

Taburkan sedikit bedak pada kawasan laluan semut dan ia akan menghalang semut untuk masuk kembali ke kawasan rumah anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!