Tahukah Anda Perbezaan Penapis Udara Enjin Dan Penapis Udara Kabin

Penapis udara merupakan komponen penting kenderaan yang berfungsi sebagai pembersih udara dalam sistem pendingin hawa. Penapis udara enjin dan penapis udara kabin adalah dua komponen berbeza yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan udara bersih dalam kenderaan. Ketahui perbezaan kedua-dua jenis penapis udara ini agar anda tidak keliru dengan kegunaannya.

Auto mechanic wearing protective work gloves holding dirty air filter above a car engine

Penapis Udara Enjin

Penapis udara enjin atau juga dikenali ramai sebagai penapis enjin merupakan satu komponen yang terletak dalam satu kotak kedap di sekitar ruang enjin. Ia mempunyai pelbagai bentuk yang terdiri daripada bentuk bulat, kon, segi empat sama dan lain-lain yang bergantung kepada jenama atau model kenderaan.

Komponen ini terletak dalam kotak kedap agar ia mampu menyalurkan udara yang bersih ke ruang enjin. Ia juga mempunyai fungsi utama dalam memastikan menapis segala habuk, debu, serpihan kecil, debunga dan lain-lain kotoran dari persekitaraan luar daripada memasuki sistem udara menerusi sistem pendingin hawa.

Tanpa penapis udara enjin yang bersih, kenderaan anda mungkin mengalami kerosakan atau penurunan kecekapan kerana zarah kotoran menghalang pembakaran bahan api sepenuhnya. Ia turut meningkatkan penggunaan bahan api yang membuatkan enjin menanggung beban yang tinggi.

Penapis Udara Kabin

Penapis udara kabin pula terletak di dalam kabin kenderaan iaitu di bawah papan pemuka berhampiran penyaman udara. Ia juga berfungsi sebagai penapis udara yang mengalir dari luar kenderaan ke kabin serta menghalang segala kotoran, debu, habuk dan debunga menerjah masuk ke dalam ruang kabin anda.

Selain itu, penapis kabin juga menghalang asap ekzos daripada memasuki kabin kenderaan untuk memastikan kualiti udara dalaman yang baik bagi penumpang kenderaan. Kegagalan melakukan penyenggaraan berkala boleh menyebabkan pencemaran udara dalaman kenderaan kerana ia tersumbat dengan kotoran yang menghalang penapisan udara.

Cara Penjagaan Penapis Udara

Bagi mengekalkan prestasi enjin dan sistem pendingin hawa kenderaan, anda perlu mengambil inisiatif untuk melakukan penyenggaraan berkala di rumah dengan membersihkan penapis udara kabin dan penapis udara enjin.

Selain itu, anda juga boleh menghantar kenderaan ke pusat servis bertauliah bagi melakukan penyenggaraan keseluruhan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan anda agar memastikan setiap penapis udara berfungsi dengan baik.

Anda turut disarankan untuk melakukan penyenggaraan berkala dalam tempoh enam bulan sekali di pusat servis bagi menjamin kebersihan penapis udara enjin dan kabin terjaga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!