Postur Badan Salah Meningkatkan Risiko Kesihatan

Adakah sakit belakang menganggu produktiviti anda ketika bekerja? Bekerja seharian dengan menghadap komputer dalam kedudukan postur badan yang salah adalah punca utama seseorang mengalami sakit belakang. Ia juga akan memberi impak lain pada kesihatan badan anda. Bagi mengurangkan masalah kesihatan, ketahui beberapa cara duduk betul semasa anda berada di tempat kerja seperti berikut:

1. Kedudukan Badan Dan Kerusi

Kedudukan betul di atas kerusi adalah penting bagi mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda. Pastikan duduk pada posisi 90 hingga 100 darjah dengan merapatkan belakang badan anda terhadap penyandar kerusi secara tegak serta memastikan kedua-dua tapak kaki anda diletakkan rata di atas lantai bagi menghindari kesakitan badan.

2. Kedudukan Paparan Monitor

Kedudukan paparan monitor adalah kedudukan postur badan ketika memandang monitor komputer. Ia perlu berada dalam keadaan tegak dengan paras mata anda. Oleh itu, pastikan kedudukan kepala anda berada tegak dengan skrin komputer. Mata anda perlu memandang skrin secara lurus dengan posisi tangan pada papan kekunci berada pada posisi 90 darjah.

3. Menjarakkan Komputer Dengan Meja

Penjarakan komputer dengan meja adalah penting bagi mencegah masalah kekebasan tangan akibat penggunaan papan kekunci yang lama. Ia boleh menjejaskan postur semula jadi bagi lengan dan pergelangan tangan anda. Oleh itu, pastikan jarak komputer atau papan kekunci dengan meja anda sekurang-kurangnya empat hingga enam inci untuk memberi ruang yang mencukupi bagi tangan anda serta memastikan tiada halangan peredaran darah berlaku.

4. Gunakan Bantal

Duduk secara tegak bagi tempoh masa yang lama akan menyebabkan anda rasa kurang selesa. Oleh itu, anda disarankan untuk mengguna bantal kecil yang lembut agar ia memberi sokongan pada pinggang anda serta memberi keselesaan ketika duduk bagi tempoh masa yang lama.

5. Pastikan Bergerak

Kekurangan pergerakan badan akan mengurangkan peredaran darah dan menyebabkan ketegangan otot yang boleh menyumbang kepada kecederaan. Pastikan anda bergerak sekali sekala atau bersenam seketika bagi meregangkan anggota badan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!