Adakah Anda Pasti Penyerap Hentakan Kenderaan Berfungsi Dengan Baik

Penyerap hentakan atau lebih dikenali sebagai ‘shock absorber‘ adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang mempunyai fungsi penting untuk menggerakkan kenderaan. Ia memastikan tayar kenderaan sentiasa menyentuh permukaan jalan dan menyumbang kepada pemanduan yang lancar. Namun ramai mengabaikan penjagaan komponen ini sehingga mendatangkan kerosakan. Disenaraikan beberapa tanda yang menunjukkan penyerap hentakan mungkin mengalami kerosakan:

1) Stereng Bergegar

Salah satu petanda mudah dikesan sama ada penyerap hentakan rosak atau tidak adalah dengan melihat keadaan stereng kenderaan. Sekiranya ia bergegar apabila melalui jalan yang berbonggol atau tidak rata secara berlebihan, maka penyerap hentakan anda gagal menyerap hentakan akibat kehausan injap dalam komponen tersebut. Keadaan ini amat berbahaya apabila anda memandu pada kelajuan tinggi di jalan rata yang menyebabkan anda kehilangan kawalan pada kenderaan.

2) Kenderaan Mudah Melantun

Kenderaan akan mula melantun secara berlebihan apabila melalui jalan yang tidak sekata akibat kegagalan penyerap hentakan berfungsi sebagai penyerap tenaga daripada spring. Tenaga berlebihan tersebut akan menyebabkan kereta anda melantun dengan kuat semasa memandu di jalan raya. Segera hantar kenderaan ke pusat servis bertauliah agar dapat memperbaikinya dengan cepat.

3) Tayar Cepat Haus

Tayar kenderaan bukan sahaja mudah haus disebabkan penggunaan yang lama. Ia juga boleh berlaku apabila penyerap hentakan mengalami kerosakan. Kehausan tayar secara tidak sekata ‘cupping’ menunjukkan kenderaan anda mengalami masalah. Sebelum menggantikan tayar kenderaan, pastikan anda memeriksa komponen lain supaya dapat mencegah kerosakan lain.

4) Penyerap Hentakan Bocor

Komponen penyerap hentakan adalah sejenis komponen hidraulik yang mengandungi cecair di dalamnya. Ia akan mengalami kebocoran sekiranya penutupnya haus lalu mengeluarkan cecair hidraulik sedikit demi sedikit. Sekiranya anda melihat terdapat kesan cecair pada penyerap hentakan, maka segera menggantikannya supaya ia mampu berfungsi dengan baik dan tidak menjejaskan prestasi.

5) Buaian Berlebihan

Adakah kereta anda berbuai semasa memandu? Situasi ini berlaku apabila kereta anda tidak stabil apabila melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam di mana anda akan rasa badan kereta terapung dan terbuai. Penyerap hentakan gagal berfungsi dan mengurangkan kesan redaman yang menyebabkan kesan buaian meningkat. Ingat, keadaan ini amat bahaya dan anda perlu segera menukar penyerap hentakan.

6) Selaman Hadapan Secara Berlebihan

Adakah kenderaan anda menjunam ke hadapan apabila anda menekan brek? Ia adalah salah satu petanda bahawa penyerap hentakan anda mengalami masalah apabila ia memanjangkan jangka masa brek sehingga boleh menyebabkan pelanggaran dengan kenderaan hadapan. Kenderaan anda akan selam depan berlebihan apabila memecut di mana berat kereta di bahagian belakang menjadi ringan hingga menyebabkan brek belakang tidak mencengkam dengan betul.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!