Rasa Bahang Dalam Kenderaan? Ikuti 5 Langkah Mudah Ini

Cuaca panas dan lembab setiap hari terutamanya di negara tropika seperti Malaysia boleh meningkatkan haba dan bahang dalam kenderaan. Meletakkan kenderaan di ruang terbuka pada waktu panas terik adalah dugaan terbesar bagi para pemandu kerana suhu dalam kabin kereta sangat tinggi. Oleh itu, ketahui beberapa cara anda boleh mengurangkan haba tersebut dengan cepat seperti berikut:

1) Gunakan Alat Pelindung Matahari

Berapa ramai lagi yang masih menggunakan alat pelindung matahari pada zaman ini? Ia merupakan salah satu aksesori utama kenderaan yang digunakan oleh orang ramai pada suatu ketika. Pelindung matahari atau sunshade membantu melindungi kenderaan dari menyerap haba daripada matahari ke dalam kenderaan. Ia mampu menyejukkan kenderaan pada jangka masa lama dengan meletakkannya di cermin hadapan dan belakang sahaja.

2) Letakkan Kereta Di Tempat Teduh

Petua paling penting dan ramai gagal lakukan adalah meletakkan kenderaan di tempat yang teduh. Sekiranya anda ingin meletakkan kenderaan bagi tempoh masa yang lama, pastikan mencari kawasan teduh seperti bawah pokok atau tempat berbumbung supaya tidak panas sangat apabila anda ingin memandu semula.

3) Gunakan Flap Air Cond

Rasa bahang apabila menaiki kenderaan pada waktu tengah hari? Tiada masa untuk membuka tingkap bagi mengeluarkan haba tersebut? Jangan risau, anda boleh gunakan fungsi penghawa dingin dalam mod ‘flap aircond’ bagi menyerap udara panas yang terperap dalam kenderaan. Ingat, gunakan mod tersebut untuk beberapa minit sahaja!

4) Gunakan Tuala

Adakah anda menggunakan kerusi kulit? Kerusi jenis ini mudah menyerap haba terutamanya apabila ia berwarna hitam. Bagi mengelakkan tempat duduk anda panas sehingga tidak selesa untuk duduk, anda boleh menggunakan tuala atau kain tebal bagi mengurangkan haba panas daripada sinaran matahari yang terik. Ia juga akan menjaga tempat duduk anda sentiasa sejuk dan menyenangkan ketika memandu.

5) Pasang Penghawa Dingin Serentak Dengan Tingkap

Pemandu kenderaan sentiasa memasang penghawa dingin sejurus menaiki kenderaan. Ia merupakan langkah salah dilakukan kerana ia mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan haba panas daripada kenderaan. Anda perlu pasang penghawa dingin dan turunkan kesemua tingkap secara serentak bagi beberapa minit supaya ia cepat menghilangkan haba dalam kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!