Kopi Dalgona Kembali Semula Dengan Perisa Baharu

Kita telah kembali semula ke Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)! Adakah anda bosan duduk di dalam rumah? Mari kita menghidupkan kembali suasana PKP dengan membuat kopi viral di awal PKP tahun lepas iaitu kopi dalgona. Selain kopi dalgona biasa, dikongsikan beberapa resipi baru untuk anda cuba dan nikmati bersama keluarga.

choc
Sumber: Instagram @niftymixologist

1) Dalgona Milo

Siapa yang tidak suka Milo? Dalgona Milo sangat sedap untuk diminum kerana keenakan rasa koko tinggi dan ia merupakan minuman kegemaran seisi keluarga. Anda hanya memerlukan dua sudu serbuk Milo, gula pasir, air panas, susu segar dan ais batu untuk menikmati air ini. Pukul dahulu serbuk Milo, gula dan air panas hingga kembang dan kemudian minum bersama susu segar yang berisi kiub ais.

matcha
Sumber: Instagram @jw.works

2) Dalgona Matcha

Matcha adalah salah satu minuman kegemaran orang ramai terutamanya bagi sesiapa yang suka teh hijau. Hanya empat bahan diperlukan untuk membuat minuman ini iaitu serbuk matcha, gula, heavy cream dan susu. Mulakan dengan memukul serbuk matcha, gula dan susu panas sekali. Kemudian tambah heavy cream supaya ia kembang dengan gebu sebelum anda minum bersama susu sejuk. Nikmati Dalgona Matcha sedap ini bersama keluarga anda!

horlicks
Sumber: Facebook @MakanSedapJohorr

3) Dalgona Horlicks

Peminat tegar Horlicks, sila segera ke dapur untuk mencuba Dalgona Horlicks yang ramai masih belum nikmati lagi. Horlicks memang enak untuk diminum begitu sahaja. Namun demikian, keenakan dalgona yang penuh dengan rasa krim akan meningkatkan lagi selera pilihan minuman anda. Kaxau setengah cawan Horlicks dan air panas sehingga kental dan masukkan dalam gelas yang berisi susu segar sejuk untuk dinikmati pada waktu petang!

oreo
Sumber: Instagram @kiasmagatra

4) Dalgona Oreo

Kek Oreo, Milkshake Oreo, Ais Krim Oreo dan pelbagai makanan lain dibuat menggunakan biskut kegemaran orang ramai ini. Kini, anda juga boleh membuat kopi viral dalgona menggunakan biskut Oreo untuk menambah selera minuman. Hanya dengan serbuk Nescafe, gula pasir, air panas, susu segar dan biskut Oreo, anda boleh menyediakan minuman kegemaran ramai termasuklah kanak-kanak dengan mudah.

pexels-polina-tankilevitch-5848330

5) Dalgona Teh Susu

Bukan sekadar kopi, dalgona juga boleh dibuat dengan teh susu. Bagi sesiapa yang tidak suka minum kopi, anda boleh mencuba resipi baharu ini untuk meningkatkan selera minuman anda. Gunakan dua sudu serbuk teh, gula pasir, air panas, susu segar dan kiub ais untuk menghasilkan Dalgona Teh Susu bagi seisi keluarga anda. Ikuti langkah sama seperti Dalgona Milo.

pexels-patrick-porto-4116734

6) Dalgona Mocha

Inginkan kopi kuat dengan tambahan perisa coklat? Anda boleh segera cuba membuat Dalgona Mocha dengan hanya menggunakan empat bahan. Satu sudu Nescafe, gula, dua sudu serbuk coklat dan susu segar sejuk yang diperlukan untuk membuat minuman enak ini. Campurkan Nescafe, serbuk coklat dan gula bersama air panas sehingga kembang dan letakkannya dalam gelas susu segar yang berisi ais untuk dinikmati pada waktu petang atau sambil menonton televisyen.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!