6 Langkah Mudah Pengamalan Sisa Sifar ‘Zero Waste’

Sisa sifar atau lebih dikenali sebagai ‘Zero Waste’ adalah satu langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kesedaran dan pengamalan mengitar semula bahan kegunaan harian adalah penting demi menjaga bumi kita. Berikut disenaraikan beberapa langkah mudah untuk memulakan kegiataan zero waste dari rumah:

pexels-eva-elijas-5503338

1) Kompos

‘Kompos’ tidak terhad dengan sisa makanan sahaja. Tahukah anda banyak barang yang digunakan seharian sebenarnya boleh dikompos? Kertas, kotak, tisu, rambut, keratan kuku dan sebagainya boleh digunakan untuk proses ini. Kompos adalah satu proses menguraikan barang kitar semula untuk kegunaan yang lebih berfaedah. Anda boleh mulakan proses kompos dengan mengumpul sisa makanan dengan barang kering dalam satu bakul dan kemudian menggunakannya sebagai baja organik.

recycle bag

2) Elakkan Penggunaan Plastik

‘Plastik’! Hampir setiap hari ramai menggunakan bahan plastik dalam kehidupan seharian mereka. Tahukah anda plastik adalah antara bahan yang mengambil masa yang lama untuk terurai dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar? Anda boleh elakkan penggunaannya dengan membawa beg kitar semula sendiri apabila membeli bahan runcit. Gantikan penggunaan bekas plastik dengan bekas makanan keluli tahan karat dan gunakan botol air tumbler.

bamboo brush

3) Fokus Pada Bahan

Pernahkah anda memberi tumpuan pada jenis bahan yang anda beli? Setiap barang yang anda beli sebenarnya menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana banyak barang dijual dalam bentuk plastik atau bahan yang tidak boleh dikitar semula. Anda kini boleh lebih berwaspada semasa beli barang dengan membaca butiran mengenai cara dan bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bahan tersebut. Anda boleh cuba beli barang yang diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula seperti kayu, keluli tahan karat atau kaca. Misalnya, gantikan berus gigi dengan berus gigi bamboo yang boleh dikompos balik.

container

4) Simpan Kit Sendiri

Banyak sampah plastik dihasilkan daripada pembelian bahan runcit. Bagi mengurangkan penggunaan plastik di merata tempat anda kini boleh mengamalkan penggunaan bahan kitar semula. Sekiranya anda seseorang yang sering membeli makanan dan minuman di kedai makanan, anda boleh gantikan penggunaan bekas plastik dengan membawa bekas dan botol kaca atau keluli tahan lama. Kini banyak kedai makanan menggalakkan pelanggan mereka membawa bekas sendiri untuk membungkus makanan dan minumannya seperti Starbucks, Tealive, restoran makanan dan lain-lain.

zero waste

5) Beli Barang ‘Zero Waste

Terdapat banyak kedai yang menjual barang-barang sisa sifar ‘zero waste’ sebagai langkah mengurangkan bahan pencemaran alam sekitar. Ramai boleh dapatkan segala jenis barang di kedai tersebut termasuk barang makanan, minuman, penjagaan badan dan sebagainya. Menariknya membeli-belah di kedai ‘zero waste’ adalah pelanggan perlu membawa bekas sendiri untuk membeli barang. Sekiranya pelanggan tidak membawa bekas sendiri, pihak kedai menyediakan bekas guna semula dengan kadar caj tertentu. Ia adalah satu langkah untuk membendung penggunaan plastik berleluasa.

sigmund-aI4RJ–Mw4I-unsplash

6) Kitar Semula

Amalkan proses kitar semula dari rumah dengan mengagihkan sampah sarap kepada tiga kategori iaitu kertas, plastik dan kaca. Amalan ini perlu dipraktikkan setiap hari supaya anda boleh menguna semula bahan-bahan tersebut atau menghantar ke pusat kitar semula agar mereka melakukan kerja selanjutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Pembaikan Kenderaan Banjir Kerjasama ILPKL Dan SPANCO

Kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dengan SPANCO bagi melaksanakan program kerja baik pulih kenderaan SPANCO yang telah terkesan dalam bencana banjir...

Tips Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

Menjimatkan penggunaan bahan api sangat penting bagi mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Disenaraikan beberapa tips yang boleh anda ikuti semasa memandu kenderaan agar dapat membantu...

7 Pencuci Mulut Tradisional Terkenal Di Malaysia

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Makanan tradisional negara kita semakin popular hingga...

Sabak Bernam Destinasi Pelancongan Pilihan Jiwa Kampung

Sabak Bernam yang terletak di sempadan Perak dan Selangor menjadikannya antara destinasi pelancongan popular. Para pelancong boleh menikmati percutian dalam suasana perkampungan dan pelancongan...

Penyerahan 28 Unit Kenderaan Baharu Proton X70 Kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN

Satu majlis penyerahan Kereta Jabatan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang telah berlangsung di Lobi Anjung Seri,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!