Padah Sesaat Meragut Nyawa

Pernahkah anda mengalami situasi mengantuk atau terlelap sebentar ketika memandu kenderaan? Ramai pemandu memaksa diri memandu pada lewat malam atau semasa mengalami keletihan badan demi menuju ke sesuatu tempat. Tahukah anda betapa bahayanya microsleep ini?

Microsleep adalah suatu keadaan di mana ia berlaku apabila badan seseorang berada dalam keadaan letih dan menyebabkan anda tidur seketika semasa memandu. Keadaan ini berlaku tanpa sengaja atau dirancang oleh seseorang pemandu di mana seseorang boleh terlelap dalam tempoh masa 2 hingga 30 saat. Amat singkat bukan? Waktu singkat inilah yang boleh menyebabkan kemalangan hingga meragut nyawa.

Punca

Antara sebab utama berlakunya microsleep adalah kerana kekurangan tidur. Hal ini berlaku apabila seseorang individu mengalami insomnia, bekerja lewat atau tidak dapat tidur awal pada waktu malam. Terdapat juga punca daripada masalah kesihatan seperti sleep apnea di mana seseorang mengalami kesukaran pernafasan ketika tidur yang menyebabkan otak tidak menerima oksigen yang cukup dan menjadi punca keletihan.

Kesan

Kesan paling ketara akibat keadaan ini adalah seseorang hilang kawalan dalam memberi tumpuan hingga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Keadaan ini boleh meragut nyawa insan tersayang dan juga pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Selain itu, akibat kemalangan juga seseorang boleh mengalami kecederaan yang menyebabkan kecacatan anggota badan sementara atau kekal.

Tanda Amaran

Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang mengalami simptom microsleep seperti berikut:

• Berasa mengantuk
• Sentiasa menguap
• Kelopak mata hampir tertutup
• Kehilangan fokus
• Mengelamun
• Mudah marah
• Tersentak secara tiba-tiba

Pencegahan

Bagi mengatasi masalah ini daripada berlaku, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan tidur yang secukupnya. Tempoh tidur yang dikategorikan sebagai sihat bagi badan ialah tujuh hingga lapan jam sehari di mana badan akan mendapat rehat yang secukupnya dan anda mampu bangun segar pada keesokan hari.

Selain itu, seseorang boleh minum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk dan kekal cergas untuk mengelakkan microsleep. Pastikan memandu dengan penumpang di sebelah sekiranya anda memandu pada waktu lewat malam atau dalam keadaan mengantuk. Segera berhenti dan berehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) jika anda berasa mengantuk atau hilang fokus semasa memandu.

Anda juga boleh mendengar lagu yang rancak bagi mengaktifkan otak daripada tidur dalam keadaan sedar. Elakkan memandu pada waktu tidur seperti tengah malam, petang atau awal pagi demi menjaga diri daripada terlelap.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!