Papan Tanda Merah Bukan Simbol Amaran, Maksud 6 Jenis Warna Papan Tanda Di Jalan Raya

Pernahkah anda perasan terdapat banyak jenis warna papan tanda di jalan raya? Setiap jenis papan tanda tersebut mempunyai maksud disebaliknya yang ramai pengguna jalan raya tidak mengetahuinya. Oleh itu, disenaraikan beberapa jenis papan tanda yang terdapat di negara kita yang perlu semua pengguna jalan ketahui supaya lebih berwaspada dengan penggunaan papan tanda tersebut:

FT29_Exit_to_E11_E26
Sumber: Fiq Shafiq

1) Biru

Tahukah anda maksud disebalik papan tanda warna biru yang biasa boleh dilihat di jalan raya? Ia merupakan papan tanda yang menunjukkan anda berada di jalan yang tiada tol iaitu berada di jalan raya persekutuan, negeri atau perbandaran.

E2_papan_tanda_jarak
Sumber: FS88-Karya Sendiri

2) Hijau

Pengguna jalan raya mesti kerap melihat papan tanda warna hijau di sebelah kiri jalan. Ia digunakan bagi menunjukkan anda sedang memandu di lebuh raya yang mempunyai tol. Para pemandu boleh lebih berwaspada apabila melihat papan tanda ini supaya dapat menyediakan kad tol dengan baki secukupnya.

Lencongan
Sumber: Fiq Shafiq

3) Jingga

Papan tanda berwarna jingga dengan tulisan hitam boleh dilihat pada jalan yang sedang dibina atau diperbaiki. Ia adalah tanda yang menunjukkan berlakunya pembinaan sementara dan memberi amaran bagi pemandu untuk lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut serta mengurangkan kelajuan bagi mengelakkan perkara tidak terduga berlaku.

Papan_tanda_awas-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

4) Kuning

Papan tanda berwarna kuning digunakan sebagai papan tanda amaran yang mempunyai bentuk berlian dan warna hitam. Misalnya, papan tanda awas, persimpangan jalan, keluar ke kanan, halangan dihadapan, kawasan tanah runtuh, selekoh berbahaya dan sebagainya digunakan bagi memudahkan pengguna jalan raya melihat dengan jelas pada bila-bila masa.

Dilarang_memotong_1_FS-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

5) Merah

Warna merah sentiasa menjadi simbol peraturan, begitu juga dengan papan tanda merah yang digunakan untuk memberi arahan awal kepada pengguna jalan raya. Simbol berhenti, awas kawasan kemalangan, kurangkan laju, dilarang masuk, dilarang memotong, beri laluan dan sebagainya merupakan contoh papan tanda arahan yang boleh dijumpai di tepi jalan. Kebanyakkannya hadir dalam bentuk bulat dengan latar belakang putih.

Rantau_abang
Sumber: Fiq Shafiq

6) Perang

Bagi papan tanda berwarna perang dengan tulisan putih adalah digunakan untuk menunjukkan ia adalah destinasi pelancongan. Papan tanda ini mampu memudahkan para pelancong atau rakyat sendiri mengetahui lokasi tumpuan pelancongan dalam negara dan boleh singgah sekejap jika melalui kawasan tersebut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!