Awas! Bahagian Dalaman Kereta Yang Mudah Kotor Terutamanya No. 6

Penjagaan kenderaan adalah penting untuk memberi keselesaan semasa memandu. Ramai menjaga kereta dengan mencuci bahagian luar kenderaan sekali seminggu. Tetapi, tahukah anda penjagaan dalaman kenderaan juga sangat penting supaya anda tidak terdedah pada kotoran dan kuman yang terkumpul lama dan mudah terlepas pandang? Disenaraikan beberapa bahagian dalaman yang perlu diberi perhatian ketika membersihkan kenderaan:

1) Karpet

Tahukah anda karpet kenderaan adalah antara bahagian yang paling kotor? Hal ini kerana terdapat banyak kotoran terkumpul daripada tapak kasut yang memijak segala benda, sisa debu, lumpur, habuk, tumpahan kopi, sisa makanan dan sebagainya semasa anda memandu. Hanya vakum karpet tidak membersihkan segala kotorannya, anda perlu mencuci karpet dengan pencuci fabrik atau sabun lain bagi menghilangkan kotoran degil.

2) But Kereta

Ramai sentiasa lupa membersihkan bahagian belakang kenderaan yang dikenali sebagai but kerana ia merupakan satu-satunya tempat yang pemilik kenderaan jarang guna atau menggunakannya sebagai stor simpanan. Pelbagai barang dicampak dalam but seperti perabot, beg, alat perkakasan dan sebagainya untuk tujuan tertentu. Pernahkan anda mencuci atau membersihkan bahagian belakang tersebut? Jika tidak, segera lakukan pembersihan kerana terdapat pelbagai kotoran yang tinggal di ruang tersebut.

3) Siling Bumbung

Bumbung luar sentiasa diberi perhatian lebih daripada siling bumbung dalaman. Pernahkah anda melihat betapa kotornya permukaan siling tersebut? Siling dalaman mampu memerangkap bau makanan, asap rokok, debu luaran jika tingkap dibuka hingga meninggalkan kesan tompokan. Bersihkan kawasan ini dengan bahan pencuci dan segera keringkan bagi mengelakkan kelembapan yang boleh meninggalkan kesan.

4) Pemegang Cawan

Tapak pemegang cawan merupakan antara tempat wajib dijaga kerana terdapat kesan kotor akibat tumpahan minuman pelbagai jenis yang melekit dan berbau. Anda mungkin terlepas pandang kesan kotoran apabila pemegang cawan tersebut berwarna gelap. Oleh itu, pastikan membersihkan kawasan tersebut dengan air sabun dan berus untuk menanggalkan kesan kotoran.

5) Kerusi

Kerusi kenderaan merupakan tempat yang mudah memerangkap kotoran termasuk juga bahagian poket fail di belakang kerusi. Segala aktiviti yang dilakukan dalam kenderaan akan meninggalkan kesan kotor pada celah-celah kerusi dan bahagian lain. Pastikan vakum dahulu kerusi sebelum bersihkannya dengan pencuci khas dan mengelap permukaan kerusi dengan kain mikrofiber bagi menghapuskan kotoran degil serta mengembalikannya seperti kerusi baharu.

6) Tempat Letak Tangan ‘Armrest

Ramai terlepas pandang akan ruang kecil dalam kenderaan yang dikenali sebagai tempat letak tangan ‘armrest’. Terdapat lubang kecil untuk menyimpan duit siling, fon telinga, kad, pensanitasi tangan dan sebagainya yang mudah memerangkap habuk serta boleh menjejaskan kesihatan anda. Bersihkan ruang tersebut dengan kain dicelup air sabun dan mengelap balik dengan kain kering supaya habuk tidak melekat semula. Senang bukan!

7) Tingkap

Pernahkah anda mencuci tingkap kenderaan dari bahagian dalam? Biasanya kita sering mencuci cermin dari bahagian luar semasa mencuci kenderaan. Tahukah anda cermin dalaman juga mempunyai banyak habuk, kesan tompokan jari dan sebagainya? Bagi memastikan cermin sentiasa bersih, anda perlu mengelap cermin dari dalam setiap kali semasa mencuci kenderaan. Gunakan ‘glass cleaner’ dan kain mikrofiber bagi memudahkan proses pembersihan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!