Warisan Loyang : Alat Penghasilan Batik

Seni kraf adalah warisan peninggalan moyang yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang supaya tidak luput ditelan zaman. SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN akan memaparkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Artikel kali ini pula akan mengetengahkan artifak loyang dalam bentuk alat penghasilan batik yang juga dikenali sebagai cop batik.

SPANCO TEMBAGA

Alat penghasilan batik adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengecap corak batik pada permukaan kain. Pada zaman dahulu masyarakat menggunakan ubi kentang atau umbat pisang sebagai alat pengecap untuk menghasilkan corak dan reka bentuk pada permukaan kain putih.

Dengan peredaran masa, teknik batik telah dievolusikan dengan menggunakan cop batik yang diperbuat daripada logam atau tembaga untuk membentuk ukiran dengan corak. Rekaan yang dibentuk melalui blok batik tembaga mempunyai hiasan flora dan fauna bersifat estetik dan bernilai tinggi. Kepingan besi atau tembaga telah digunakan untuk membentuk blok tersebut kerana ia mudah dipotong dan dibentuk dengan lebih halus dan teliti.

SPANCO TEMBAGA

Pengukir zaman dahulu mengatakan bahawa alat ini amat senang untuk digunakan ketika menghasilkan batik pada kain dan ia mampu tahan lama. Sebelum menerapkan corak batik pada kain, alat penghasilan batik akan dicelupkan ke dalam pewarna dan diterapkan ke atas permukaan kain menggunakan susunan dan gaya tersendiri. Kesan kepada terap lilin akan meninggalkkan garisan, titik atau bunga putih apabila diberi warna melalui proses pencelupan. Ia adalah satu proses yang dilakukan secara berulang dengan mengikuti susunan tertentu sehingga menyelesaikan penekapan corak pada kain.

SPANCO TEMBAGA

Walau bagaimanapun, pada zaman moden kini, batik telah berkembang pesat dengan mempunyai identiti tersendiri. Pengusaha batik telah mula menggunakan alat-alat moden supaya mereka mampu menghasilkan kain batik dengan lebih cepat dan pantas. Teknik yang lebih canggih telah diinovasikan dan digunakan bagi menampung keperluan serta memajukan perusahaan batik. Namun, orang ramai perlu sentiasa mengingati dan memartabatkan teknik-teknik lama supaya warisan seni budaya kraf tradisi akan tetap kekal dan tahan dalam negara kita supaya generasi muda dapat mengenali warisan tradisional kita.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!