Isi Masa Lapang Dengan Permainan Tradisional

Permainan tradisional kian dilupakan dan dipinggirkan oleh orang ramai kerana pengaruh modenisasi. Ia merupakan warisan yang patut kita banggakan dan martabatkan supaya generasi muda mengenalinya pada zaman moden ini. Keadaan negara yang menghadapi semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) merupakan satu peluang emas untuk kita menghidupkan kembali permainan peninggalan warisan moyang bersama ahli keluarga. Dengan ini, disenaraikan beberapa permainan tradisional yang boleh anda main bersama insan tersayang.

seremban
Sumber: 13may1969.wordpress.com

1) Batu Seremban

Batu selambut yang kini dikenali sebagai batu seremban adalah sejenis permainan tradisional yang senang dimain dan diminati oleh kanak-kanak pada zaman dahulu. Ia merupakan satu permainan di mana batu-batu kecil dilambung dan kemudian disambut kembali oleh pemain. Permainan ini biasanya dimain oleh dua atau lebih pemain. Anda boleh main permainan ini di dalam rumah dengan menggunakan batu bersaiz sederhana atau karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga.

congkak-fb akar education
Sumber: Facebook AKAR education

2) Congkak

Adakah anda masih mempunyai papan congkak di rumah anda? Jika tiada segera dapatkan satu kerana ia merupakan satu permainan menarik untuk dimain bersama ahli keluarga anda. Congkak adalah permainan yang menguji kecekapan pemain dan melatih tahap tumpuan seseorang. Ia dimain oleh dua orang dengan mengisi guli atau ‘buah’ ke dalam deretan lubang papan congkak dan mengumpul guli yang banyak daripada pemain tentangan.

gasing

3) Gasing

Gasing adalah satu permainan yang menguji tahap fokus dan menguji kepintaran pemain dari segi cara memusingkannya. Ia diperbuat daripada kayu dan tali untuk membolehkan gasing pusing atas tanah rata bagi tempoh masa yang lama. Pemain perlu mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing untuk pastikan ia pusing lama. Permainan dalam rumah ini sangat menarik untuk dimain bagi mengisi masa lapang anda semasa waktu PKPB.

jump-1154509_1920

4) Tingting

Tingting adalah salah satu permainan popular sejak zaman dahulu lagi. Ia merupakan satu aktiviti riadah yang menguatkan otot pemain kerana mereka perlu mengawal dan mengimbangkan badan ketika melompat dalam kotak-kotak tinting tanpa jatuh. Dengan main permainan ini, anda dapat melakukan sejenis senaman yang menyeronokkan bersama ahli keluarga.

lompat-tali
Sumber: riauberbagi.blogspot.com

5) Lompat Getah

Adakah anda seorang yang susah bersenam? Jika ya, anda boleh cuba main lompat getah kerana ia merupakan satu permainan yang menguatkan otot badan dan senang untuk dimain. Pemain perlu lompat melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah hingga tinggi dengan teknik melompat yang baik untuk melepasi gelang getah.

lidi 1
Sumber: dayanarudy.blogspot.com

6) Main Lidi

Permainan lidi adalah satu permainan menarik yang dimain menggunakan lidi. Pada zaman dahulu orang ramai menggunakan lidi sate untuk bermain lidi ini tetapi kini terdapat lidi berwarna-warni di pasaran yang boleh anda gunakan. Ia dimain dengan menaburkan lidi atas permukaan rata dan mengambil satu-satu lidi daripada timbunannya tanpa menggerakkan lidi lain. Permainan ini memerlukan tahap fokus tinggi dan kekuatan tangan supaya ia tidak bergetar ketika bermain.

wau

7) Wau

Wau yang juga dikenali sebagai layang-layang merupakan permainan menerbangkan wau tersebut di udara. Keunikkan permainan ini adalah ia mempunyai pelbagai bentuk dan nama tersendiri seperti wau pari, wau burung, wau merak dan sebagainya. Wau dimain oleh dua orang di mana seorang akan memegang wau dan seorang lagi memegang tali untuk menghulur dan menarik tali supaya ia terbang tinggi di udara.

tin
Sumber: kzuhairi.blogspot.com

8) Baling Tin

Baling tin adalah permainan yang selalu dimain di kampung pada masa dahulu oleh orang ramai untuk mengisi masa lapang mereka. Permainan ini dimain secara berkumpulan dengan menyusun tin secara tertib menurun dan kemudian membaling selipar atau alat lain untuk meruntuhkan susunannya. Setelah tin diruntuhkan pihak lawan akan menghalang pihak lawan daripada menyusun kembali dengan membaling selipar. Pihak yang berjaya menyusun tin kembali adalah pemenang permainan ini. Ia adalah satu permainan menarik dan memerlukan pemain berlari serta menggunakan tenaganya.

ayam flickr TTJack
Sumber: TTJack flickr

9) Sepak Bulu Ayam

Sepak bulu ayam merupakan sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh. Ia dimain dengan menyepak bulu ayam bagi tempoh masa yang lama dan pemenang ditentukan berdasarkan sepakan tinggi dibuat oleh pemain. Permainan ini agak senang untuk dimain tetapi memerlukan kekuatan kaki yang tinggi untuk menimang bulu ayam.

guli

10) Guli

Guli adalah permainan yang seronok dimain ramai-ramai dengan melontarkan guli tepat pada sasarannya. Pemain memerlukan fokus yang tinggi untuk menjentik guli dengan tepat. Permainan ini biasanya memerlukan seramai lima pemain dan tidak melebihinya. Ia juga adalah satu permainan yang mampu mengaktifkan minda pemain dan mengurangkan tekanan dari sebarang masalah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!