Petua Memandu Kenderaan Dalam Hujan

Musim hujan yang tidak menentu boleh membahayakan pemanduan di jalan raya. Jalan yang licin mampu mengundang bahaya dan menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu, keadaan jalan dan kenderaan yang kurang sempurna. Bagi mengatasi dan mengurangkan risiko kemalangan terutamanya ketika hujan, disenaraikan beberapa petua memandu dalam hujan bagi membantu pemandu lebih berwaspada di jalan raya.

1) Nyalakan lampu

Sentiasa pastikan untuk nyalakan lampu kenderaan anda ketika memandu pada musim hujan. Ketika hujan lebat pemandu boleh mengalami masalah dari segi penglihatan kerana jalan semakin kabur. Pemasangan lampu merupakan salah satu langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pemandu bagi memastikan anda mengamalkan jarak selamat antara pemandu hadapan. Selain itu, ia juga membantu pemandu lain untuk mengenalpasti kewujudan kenderaan anda.

2) Pandu perlahan

Patuhi had kelajuan di jalan raya terutamanya semasa hujan kerana tayar anda tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya jika anda memandu melebihi had laju dan kenderaan akan meluncur ke hadapan. Kekalkan memandu dalam halaju 80km/j supaya anda dapat mengawal kenderaan anda di situasi tidak diduga.

3) Kekalkan jarak selamat

Mengekalkan jarak selamat antara kenderaan lain adalah penting kerana ketika hujan jalan raya akan menjadi semakin licin. Ia secara tidak langsung akan menambahkan waktu menekan brek sehingga mengundang risiko kemalangan bersama kenderaan lain. Oleh itu, sentiasa pastikan mematuhi jarak 5 saat antara kenderaan anda dan kenderaan lain di hapadan.

4) Tayar yang sesuai

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan memeriksa keadaan tayar anda terutamanya semasa musim hujan. Pastikan kedalaman bunga tayar berada dalam lingkungan 1.6 milimeter bagi memastikan ia mencengkam permukaan jalan raya licin. Tukar tayar kenderaan sekiranya ia telah haus kerana memandu dengan tayar rosak akan menjejaskan keselamatan diri dan pemandu lain.

5) Beri isyarat

Lampu isyarat dalam kenderaan digunakan sewaktu menukar lorong supaya memberi isyarat pergerakan kenderaan anda pada pemandu lain. Pada musim hujan anda perlu sentiasa menggunakan lampu isyarat ketika menukar lorong kerana keadaan jalan akan semakin gelap dan kabus serta mengganggu penglihatan pemandu lain. Penggunaan lampu isyarat mampu memberi amaran kepada mereka untuk memperlahankan kenderaannya dan memberi laluan.

6) Pengelap cermin

Pengelap cermin adalah komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi untuk mengelap cermin kenderaan anda. Periksa keadaan pengelap cermin sama ada ia berada dalam keadaan baik atau tidak supaya ia dapat mengelap air hujan yang menghalang penglihatan anda.

7) Pandu di lorong kiri

Sila gunakan lorong kiri pada musim hujan terutamanya ketika hujan lebat. Hal ini kerana, sekiranya anda menggunakan lorong kanan, kenderaan dari arah lawanan akan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan anda. Ia akan menghalang penglihatan dan mengundang bahaya jika anda sedang memandu laju. Oleh itu, pandulah di lorong kiri untuk keselamatan diri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!