Warisan Loyang Alat Muzik : Kromong Gamelan

Seni kraftangan adalah warisan yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang supaya tidak luput ditelan zaman. SPANCO telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam memartabatkan warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN mempersembahkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Kali ini, PRIHATIN mengetengahkan artifak loyang dalam bentuk alat muzik kromong gamelan.

Gamelan adalah sejenis alat muzik tradisional warisan Melayu yang diperbuat daripada beberapa bahan seperti perunggu, kayu, buluh, besi dan loyang. Seni gamelan telah diperkenalkan di Tanah Melayu sejak kurun ke-17 di istana Kesultanan Riau-Lingga yang kemudian berkembang ke istana Pahang dan Terengganu.

Perkataan ‘gamelan’ berasal daripada bahasa Jawa ‘gamel’ yang membawa maksud memukul atau menabuh. Pada zaman dahulu, muzik gamelan sentiasa dimainkan di istana bagi hiburan golongan raja dan kini ia dipersembahkan di majlis perasmian, perkhawinan, berkhatan, dan sebagainya.

Alat muzik gamelan mempunyai enam jenis peralatan yang terdiri daripada keromong, gambang, saron, kenong, gendang dan gong. Setiap instrumen tersebut mempunyai bentuk dan irama bunyi berbeza. Kromong dikategorikan sebagai idiofon yang berbentuk seperti kendi dan mempunyai sifat bunyi yang berprinsipkan kepada dengung. Ia mempunyai 12 biji gong bersaiz kecil yang diperbuat daripada campuran tembaga dan disusun di atas tapak khas secara mendatar serta kedudukan disongsangkan.

SPANCO TEMBAGA

Kromong mengandungi dua oktaf yang berlaras ‘anhemitonik pentatonik’. Kromong yang beroktaf tinggi dikategorikan sebagai lanang dalam bahasa jawa iaitu lelaki manakala yang beroktaf rendah dikategorikan sebagai wedok iaitu perempuan. Alat muzik ini dimainkan dengan menggunakan dua pengetuk kayu di mana hujungnya dibalutkan dengan kain.

Ia merupakan sebuah genre muzik tradisional yang popular di Nusantara. Bagi menghasilkan peralatan kromong gamelan dengan audiofonik berkualiti tinggi, gabungan kerjasama terbaik pandai loyang penggubah serta pemain muzik gamelan adalah amat penting. Kini warisan alat muzik ini semakin berkembang hingga seluruh dunia.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!