Penyerahan Kereta Proton Persona Baharu Kepada APMM

Pada tarikh 14 Ogos 2020, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menerima 20 buah kenderaan baharu jenis Proton Persona 1.6 di SPANCO Batu Caves.

Penyerahan kenderaan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh kepada Pengarah Bahagian Pengangkutan Maritim Malaysia, Kepten (Maritim) Shahref Steve Mac Queen Abdullah yang disaksikan oleh wakil-wakil daripada APMM dan SPANCO.

maritim 1
Objektif utama pembekalan kereta baharu ini adalah untuk digunakan sebagai Kereta Jabatan (KJ) serta melancarkan urusan dan tugasan harian pegawai dan kakitangan APMM.

Sebanyak 6 buah kenderaan akan diberi kepada APMM Sabah dan Sarawak manakala kenderaan selebihnya akan diagihkan kepada APMM Semenanjung Malaysia.

maritim 2

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!