Keselamatan Jalan Raya Bagi Penunggang Motosikal Dan Basikal

Statistik kemalangan antara penunggang motosikal dan pemandu kenderaan di atas jalan raya menunjukkan peningkatan pada setiap tahun. Keselamatan jalan raya adalah perkara paling utama yang perlu diambil berat oleh setiap pengguna bagi melindungi diri dan pengguna jalan raya lain.

Penunggang Motosikal dan Basikal

Setiap penunggang motosikal dan basikal perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Hal ini kerana anda merupakan antara kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah dan berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bagi mengurangkan risiko kemalangan, anda boleh mengikuti beberapa langkah keselamatan di atas jalan raya berikut:

victor-xok-Gi0OMNguFaw-unsplash

1) Pakai pakaian berwarna cerah

Membiasakan diri untuk memakai pakaian berwarna cerah terutamanya pada waktu malam. Ia adalah untuk memastikan pengguna jalan raya disekeliling anda boleh melihat anda di atas jalan raya. Elakkan memakai baju berwarna hitam kerana pemandu lain tidak dapat melihat anda.

2) Beri isyarat

Bagi penunggang motosikal, pastikan sentiasa memberi isyarat sebelum anda menukar lorong supaya kenderaan lain peka dengan tindakan anda. Gunakan lampu isyarat membelok semasa menukar haluan anda.

3) Jangan mencelah

Perbuatan mencelah merupakan salah satu punca utama berlakunya kemalangan antara penunggang motosikal dan kenderaan. Pastikan anda tidak mencelah kerana ketika melakukan perbuatan sedemikian anda bukan sahaja membahayakan diri malah melibatkan nyawa pengguna jalan raya lain.

4) Elakkan titik buta

Penunggang motosikal dan basikal perlu sentiasa mengelakkan titik buta pemandu kenderaan semasa memintas mereka. Hal ini kerana pemandu kenderaan tidak boleh melihat dan tidak sedar kewujudan anda sekiranya anda memotong atau mengikuti mereka di titik buta kenderaan.

5) Pakai jaket keselamatan

Pastikan memakai jaket keselamatan sekiranya anda memakai pakaian berwarna gelap. Pantulan cahaya daripada jaket ini akan memudahkan pengguna jalan raya lain untuk melihat anda.

6) Lampu pada waktu malam

Ramai penunggang motosikal dan basikal tidak menggunakan lampu hadapan ketika berada di jalan raya. Hal ini menyebabkan kegagalan pemandu kenderaan untuk melihat anda. Pastikan mengganti lampu hadapan motosikal dengan segera sekiranya rosak bagi melindungi diri dan pengguna jalan raya lain.

7) Elakkan memakai ‘earphone’

Penunggang kini ramai menggunakan ‘earphone’ ketika menunggang motosikal dan basikal yang secara tidak langsung menggangu pendengaran mereka. Perbuatan ini akan menjejaskan keselamatan kerana anda tidak dapat mendengar isyarat bunyi hon yang diberi oleh pemandu lain.

Langkah Keselamatan Pemandu Kenderaan

Selain penunggang motosikal dan basikal, pemandu kenderaan juga perlu berhati-hati dengan pengguna jalan raya lain. Ia adalah satu langkah melindungi diri dan pennguna lain daripada terlibat dalam kemalangan. Oleh itu, disenaraikan beberapa perkara yang perlu anda menitikberatkan ketika menggunakan jalan raya:

1) Menjaga jarak kenderaan

Bagi mengelakkan kemalangan dengan pengguna jalan raya lain, anda boleh sentiasa menjaga jarak kenderaan anda daripada penunggang motosikal dan basikal. Memandu secara rapat dengan mereka akan meningkatkan kecenderungan kemalangan.

2) Memberi laluan

Berikan laluan kepada mereka untuk melepasi kenderaan anda. Dengan bertindak demikian anda dapat mengelakkan risiko melanggar mereka di jalan raya.

3) Jaga titik buta

Sebagai langkah pencegahan kemalangan, anda perlu sentiasa berwaspada dengan titik buta kenderaan anda. Pastikan sentiasa melihat secara teliti sebelum menukar laluan kerana penunggang motosikal boleh memotong anda dari belakang secara tiba-tiba.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Jemputan Menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah Bersama SPANCO

16 November  2023 – 48 Cawangan Siasatan Jenayah KPTD telah menjemput pihak SPANCO untuk menghadiri jemputan menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah yang bertempat...

Amaran: Kenali Tanda Kerosakan Penggalak Brek Kenderaan

Penggalak brek kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘brake booster’ adalah salah satu komponen yang meningkatkan daya dikenakan pada pedal brek tanpa memerlukan daya tambahan...

7 Langkah Keselamatan di Musim Banjir

Sejak kebelakangan ini musim hujan telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berisiko. Ramai yang terjejas akibat hujan lebat ini dan kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk...

5 Kecuaian Asas yang Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kerosakan kenderaan boleh mengundang situasi kecemasan khususnya apabila berada di tempat sunyi. Pengabaian penyenggaraan komponen kenderaan adalah punca utama berlakunya masalah kerosakan kereta terutamanya...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!