Sambutan Hari Kebangsaan Norma Baharu

Hari Kebangsaan tahun 2020 akan melakar sejarah baharu ketika Malaysia masih lagi bertarung menghadapi wabak COVID-19. Sambutan Hari Kebangsaan yang biasanya diraikan dengan perarakan di seluruh negara akan mengalami perubahan dan kelainan.

Buat julung kalinya, rakyat Malaysia akan menyaksikan acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu yang akan disiarkan melalui saluran televisyen.

Walaupun kita masih dalam proses memerangi pandemik ini, rakyat Malaysia sejak awal lagi telah berganding bahu bersama pihak kerajaan dan seluruh petugas barisan hadapan melawan keadaan getir ini sehingga berjaya mengurangkan bilangan kes harian. Peranan setiap individu telah menjayakan usaha pihak berkuasa dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Seiring dengan itu, pemilihan ‘Malaysia Prihatin’ sebagai tema Hari Kebangsaan bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang adalah satu manifestasi terhadap usaha di atas.

Meskipun kita mengalami masa yang sukar ketika ini, pihak kerajaan tetap mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan setiap anggota masyarakat melalui bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Kecaknaan kerajaan melakukan pelbagai inisiatif melalui PRIHATIN telah membantu rakyat Malaysia menghadapi situasi yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.

Pengorbanan dan sumbangan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memerangi wabak COVID-19 amatlah dihargai ketika negara bersiap sedia untuk menyambut Hari Kebangsaan tahun ini.

Marilah kita sama-sama menghayati dan menterjemahkan tema ‘Malaysia Prihatin’ ini mengikut cara sendiri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!