Kontinjen Polis Perak Menerima Kenderaan MPV Baharu

Penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak (PDRM) telah berlangsung di Perkarangan Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 Sungai Senam, Ipoh pada 19 Ogos 2020. Sejumlah 44 unit kenderaan MPV jenis Honda Civic 1.8S telah diserahkan untuk kegunaan Polis Perak pada hari tersebut.

Majlis penyerahan ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Perak, YDH CP Dato’ Razarudin Husain diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, YBhg Dato’ Hamzah Mohd Salleh. Kenderaan-kenderaan MPV ini diaghikan kepada 12 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu tugas rondaan dan pencegahan jenayah di seluruh negeri.

Mpv

Kenderaan MPV baharu model Honda Civic 1.8S yang dibekalkan melalui konsesi pengurusan fleet oleh SPANCO ini adalah untuk menggantikan kereta-kereta peronda lama yang sudah usang dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Ia dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam), kamera perakam video digital mudah alih (DVR) dan kit MPV yang mampu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pasukan PDRM dalam mencegah jenayah.

Pada pertengahan tahun ini, sebanyak 425 kereta peronda telah diperuntukkan kepada kontinjen-kontinjen PDRM di seluruh negara. Pengagihan kereta secara berperingkat telah mula dibekalkan sejak majlis penyerahan berlangsung di Putrajaya pada bulan Jun lepas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!