Lokasi Makanan Sarawak Popular Di Lembah Klang

Sarawak bukan sahaja terkenal dengan adat dan budaya, malah mempunyai juadah unik yang lazat dan menyelerakan. Teringin untuk merasa masakan Sarawak? Jangan risau! Kami menyenaraikan beberapa lokasi popular yang menghidangkan menu makanan Sarawak paling enak di Lembah Klang:

1) DapoPuro

Penggemar Laksa Sarawak jangan terlepas untuk mengunjungi DapoPuro yang masih mengekalkan keaslian rasa laksa Bumi Kenyalang di mana ia dihidangkan bersama limau nipis, sambal pedas dan udang bersaiz besar. Mee Kolok Special dengan hirisan ayam dan daging serta Santubong Platter juga antara yang menarik dalan senarai menunya. Jangan risau, harga setiap makanan tidak melebihi RM20 dan dijamin sedap.
Lokasi : No. 41, Jalan BP 7/2, Bandar Bukit Puchong 2, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor.
Waktu Operasi : Selasa-Ahad 12pm-9pm

2) SALTed

Semua makanan popular Sarawak yang halal boleh didapati di SALTed, Sarawak’s Authentic Local Taste, Extra Delicious. Walaupun terdapat banyak masakan Sarawak, Bihun Belacan dan Mee Kolok Itik adalah antara makanan yang mendapat sambutan hebat daripada pelanggan.
Lokasi : 30-1, Jalan PJU 7/16A, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.
Waktu Operasi : Selasa-Ahad 10am-3.00pm

3) Restoran Dapur Sarawak

Dengan menu makanan Sarawak yang menyelerakan, Mee dan Kuey Teow Tomato Ranggup menjadi pilihan utama pelanggan. Kalau dah sampai ke sini, jangan lupa sempurnakan hidangan anda dengan First Lady – sejenis minuman istimewa yang dibuat daripada jus lemon bersama laici dan susu. Memang sedap!
Lokasi : Lot XG-23, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi : Sabtu-Khamis, 12pm-11.00pm

4) Charlies Cafe

Premis kecil dengan tempat duduk yang comel menjadikan ia salah satu kafe ‘instagramable’ di Kuala Lumpur. Disamping terkenal dengan Laksa Sarawak, ia juga popular dengan pencuci mulut yang berasaskan keju.
Lokasi : 29, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Isnin-Sabtu, 10.30am-7.30pm

ice cream gula apong-web

5) DP Ice Cream Gula Apong

Pencinta pencuci mulut jangan terlepas untuk mengunjungi DP Ice Cream di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menjual ais krim paling enak dengan rasa asli Gula Apong Sarawak. Dengan harga bermula RM2 anda dapat merasai ais krim lembut, disaluti bersama Oreo dan kacang. Bagi memenuhi kepuasan anda pesanlah ais krim bersaiz besar dengan harga hanya RM6!
Lokasi : 57B-4, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Isnin-Ahad 3pm-12am

6) Sarawak Bowl

Jika penat membeli-belah di Sunway Putra Mall, anda boleh berehat sambil menjamu selera di Sarawak Bowl yang terletak di Tingkat 4. Manok Pansoh terkenal dengan keunikan cara masak yang menggunakan kayu buluh. Di sini anda dapat peluang untuk merasai masakan Ayam Pansoh bersama nasi Bario yang mempunyai ‘air tangan’ orang Sarawak. Minuman teh tiga lapis juga merupakan antara menu istimewa mereka.
Lokasi : Lot 4-61, 4-69, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Isnin-Ahad , 10am-10pm

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!