Mengawal Akses Internet Anak Anda

Perkembangan dunia siber tanpa sempadan memberi banyak manfaat. Walau bagaimanapun akses kepada internet yang berlebihan oleh anak-anak boleh membawa mudarat. Kebergantungan terhadap dunia maya pada usia muda boleh membantutkan perkembangan sosial dan pendidikan mereka. Bagi membendung masalah ini, disenaraikan beberapa cara untuk mengawal akses internet untuk anak-anak anda:

1) Kata laluan

Salah satu cara ialah dengan menetapkan kata laluan khas yang hanya anda sendiri ketahui pada peranti mudah alih sebagai langkah pencegahan daripada kanak-kanak terjebak dengan gejala negatif. Dengan adanya kata laluan tersebut, ibu bapa boleh mengetahui tujuan sebenar mereka ingin menggunakan komputer pada setiap masa.

2) Had masa

Telefon pintar adalah alat pembelajaran yang berkesan pada zaman ini tetapi menggunakannya tanpa mengira waktu akan memberi kesan kepada mereka . Hadkan masa penggunaan internet kepada sejam atau lebih mengikut peruntukan yang diperlukan. Misalnya, membahagikan masa antara bermain dan belajar untuk setiap minggu. Dengan ini, anda boleh mengawal waktu penggunaannya dan memastikan mereka tidak menghabiskan masa berlebihan dengan peranti digital.

photo_2020-07-15_21-27-47

3) Alat kawalan ibu bapa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan sebuah aplikasi kawalan untuk ibu bapa sebagai langkah mengawal dan mengawasi setiap aktiviti anak-anak di laman sesawang yang mereka layari. Aplikasi ini turut membantu ibu bapa untuk mengehadkan akses kepada laman tertentu yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti laman sesawang lucah, jelik dan mengancam keselamatan.

4) Memantau aktiviti

Ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak yang banyak meluangkan masa dalam dunia maya. Pemantuan kerap boleh membantu menapis jaringan akses kepada laman web yang tidak bermoral.

5) Lakukan aktiviti lain

Aktiviti fizikal seperti gotong-royong, membuat origami, mainan teka-teki, mewarna dan melukis adalah antara kegiatan yang boleh mengalihkan perhatian mereka daripada sentiasa menghadap telefon pintar. Ia dapat mengelakkan ketagihan internet mereka yang secara tidak langsung mendominasi kehidupan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kerja ke Proton Edar Sdn Bhd

13 September 2023 – SPANCO telah menghadiri lawatan kerja ke Proton Edar Sdn Bhd bertempat di Subang Jaya, Selangor. Program lawatan kerja ini adalah...

Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan...

Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan...

5 Tempat ‘Viral’ di Negeri Sembilan yang Wajib Dikunjungi

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik bagi seisi keluarga. Bagi pencinta alam dan peminat aktiviti luar, anda harus terokai negeri ini yang pasti...

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!