Warisan Loyang : Timba Telaga

Seni kraf adalah warisan peninggalan moyang yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang supaya tidak luput ditelan zaman. SPANCO telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam memartabatkan warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN mempersembahkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Kali ini, PRIHATIN mengetengahkan artifak loyang dalam bentuk alat mengangkut air iaitu timba telaga.

Timba adalah sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air dari dalam telaga. Sebelum kewujudan sistem bekalan air paip, penduduk kampung dan masyarakat zaman dahulu menggunakan telaga untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian mereka.

191031TEMBAGA-A0026

Artifak timba telaga yang dipaparkan ini berusia lebih 200 tahun ditemui di surau Haji Mohd Kerinci yang terletak di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Ukuran artifak timba telaga ini lebih kecil berbanding baldi. Berdasarkan sejarah, orang kebanyakan biasanya hanya menggunakan timba yang diperbuat daripada upeh atau zink sahaja. Manakala, hanya orang yang berada sahaja mampu untuk menggunakan timba diperbuat daripada loyang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!