Portal Prihatin Mendapat Sambutan Pembaca

Sejak memulakan operasi pada tahun 1994, SPANCO sentiasa memberikan penekanan terhadap inovasi berterusan. Dalam meniti arus kemodenan ini, kemajuan teknologi telah memudahkan akses kepada maklumat.

Oleh yang demikian, pembaharuan terutamanya dari segi digital dilakukan oleh SPANCO berkembang selaras dengan perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Pada Mac tahun lepas, kami telah mengambil langkah berani dengan membangunkan portal rasmi majalah PRIHATIN bagi memudahkan pembaca PRIHATIN untuk mendapatkan akses yang lebih cepat di mana-mana sahaja.

Adaptasi media digital ini adalah bagi menjangkau lebih ramai pembaca dan menjadikan bahan bacaan SPANCO sebagai sumber informasi kepada pelanggan. Selama lebih 20 tahun, majalah PRIHATIN menjadi salah satu platform utama SPANCO bagi menyalurkan maklumat mengenai operasinya dalam menguruskan fleet kenderaan Kerajaan.

Sebelum pelancaran portal rasmi, pembaca majalah PRIHATIN hanya boleh memuat turun bahan bacaan dan artikel- artikel lain dalam bentuk PDF daripada laman web korporat SPANCO. Inovasi telah dilakukan dengan melancarkan portal rasmi PRIHATIN bagi meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan maklumat kepada lebih ramai pembaca yang kini lebih cenderung kepada media digital. Ia juga merupakan salah satu langkah penjenamaan SPANCO.

Setahun selepas pelancaran rasmi portal, PRIHATIN versi digital ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para pembaca.

Sokongan daripada anda meningkat hari demi hari di mana jumlah pembaca melonjak dengan ketara. Seksyen gaya hidup iaitu kolum Rawat dan Rehat, Kembara, Jom Makan dan Warisan menjadi bahan bacaan yang diminati oleh para pembaca selain laporan, berita terkini dan tips pemanduan daripada SPANCO. Seiring dengan peningkatan pembaca, kami sentiasa berusaha untuk menjaga kualiti portal dengan menghasilkan teks yang menarik dengan penggunaan grafik dan warna yang lebih kontemporari.

Majalah PRIHATIN juga dihasilkan sebagai salah satu sumber bacaan kepada kalangan pemandu bagi memperoleh panduan dan kesedaran mengenai penjagaan, pemanduan, servis kenderaan dan keselamatan jalan raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!