Peristiwa Penting SPANCO Evolusi Fleet SPANCO: 1994-2019

Bermula dengan 2,200 kenderaan pada tahun 1994, fleet yang diuruskan oleh SPANCO ketika ini telah mencecah hampir 13,000 kenderaan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi. Namun, ia terus menguatkan keazaman SPANCO untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan kami. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sejak SPANCO memulakan operasi.

Tahun Peristiwa Penting Unit
1994 SPANCO memulakan operasi membekal dan menyenggara kenderaan Saloon Kerajaan Persekutuan. 2,264
1996 Sistem MIMS Open Enterprise (SIKOM) dilaksanakan. 3,912
1999 Pusat Servis Wilayah di Puchong, Selangor telah dibuka.
Sijil ISO 9002:1994 dianugerahkan kepada SPANCO Services Sdn. Bhd.
3,922
2000 Sijil kualiti ISO dinaik taraf kepada ISO 9001:2000 4,540
2003 Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. 4,750
2004 Perjanjian Tambahan Konsesi dimeterai di Putrajaya. 4,951
2005 Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Batu Caves, Selangor. 5,089
2007 Sistem pengurusan fleet T9 dilancarkan. 5,890
2008 Kelulusan Servis dalam talian dilaksanakan. 8,702
2009 Operasi papan pemuka (management dashboard) dilaksanakan. 9,253
2011 SPANCO menerima anugerah BrandLaureate untuk penjenamaan syarikat korporat terbaik dalam pengurusan fleet. 9,559
2012 Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Bangi, Selangor.
Pelancaran sistem pengurusan fleet baru (Fleet Management System) FMS.
9,737
2014 Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. 10,227
2015 SPANCO memperoleh kontrak untuk membekalkan dan menguruskan 1,200 kereta peronda baharu (Mobile Patrol Vehicles) untuk Polis Diraja Malaysia. 11,092
2016 Pelancaran Aplikasi Mobil SPANCO, Job Status Screen dan Service Status Board.
Kereta baharu Proton Perdana 2.0L diperkenalkan untuk menggantikan Proton Perdana 2.0.
11,808
2017 Penyerahan 4 buah kereta Proton Preve sebagai Lead Car kepada Jabatan Penjara Malaysia.
Memperluaskan Sistem Temu Janji Servis (Service Appointment System) kepada seluruh Pusat Servis diiktiraf (PSD).
12,330
2018 Portal fleet berwajah baharu dari segi reka bentuk, informasi dan pemberitahuan segera (push notification).
Pelaksanaan Skim Perantisan SPANCO di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
12,400
2019 Penyerahan kereta Volvo S90 (kenderaan pendahulu) dan Volvo XC90 (kenderaan pengiring) kepada Istana Negara.
Portal dalam talian PRIHATIN SPANCO dilancarkan.
12,800

SPANCO terus komited dalam meningkatkan piawaian dan kualiti perkhidmatan demi kepuasan pelanggan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!