SPANCO Memartabatkan Warisan Sejagat

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak kaum, budaya, bahasa, agama dan adat resam. Kewujudan pelbagai kaum dan budaya sentiasa memberi peluang kepada rakyat untuk mengenali budaya satu sama lain. Seni kraf tangan merupakan keunggulan ciptaan manusia di mana ia mempunyai nilai estetika yang mendalam dan membawa kepentingan kebudayaan sesebuah kaum. Kesenian Melayu seperti seni tari, suara, muzik dan kraf tangan sentiasa dihargai dan diminati oleh masyarakat.

Ia menjadi tunjang kebudayaan masyarakat sejak turun temurun. Seni kraf tangan seperti songket, tembikar, batik, tembaga dan sebagainya ialah antara kraf tangan kaum Melayu yang diwarisi sejak turun temurun. Aloi yang lebih dikenali sebagai loyang merupakan salah satu seni kraf tangan yang terkenal pada zaman dahulu. Artifak yang berasaskan gabungan logam tembaga dan zink ini adalah salah satu petunjuk yang sangat ampuh dalam mengenali budaya dan nilai hidup di Nusantara.

LOYANG

Ramai mengetahui nama saintifik bagi aloi ini ialah loyang namun dalam kalangan masyarakat umum ia lebih dikenali sebagai tembaga. Penghasilan aloi ini mengambil masa disebabkan proses pembuatan mempunyai keperincian tertentu dan produk akhir perlu mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu keras, kuat, tahan kakisan dan mempunyai sifat kekilauan yang cantik. Bagi memastikan semua ciri tersebut dapat dihasilkan, proses untuk membuatnya juga memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang tukang.

Pada masa dahulu, loyang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat iaitu mereka menggunakannya sebagai matawang, barang perhiasan, alat persenjataan, peralatan kulinari dan perkakasan harian. Ia juga digunakan sebagai barangan yang berkaitan dengan adat istiadat masyarakat. Walaupun emas memainkan peranan penting dalam sejarah sehinggakan Tanah Melayu pernah dikenali sebagai ‘Golden Khersonese’ pada suatu masa dahulu, namun tidak semua mampu memilikinya. Justeru, loyang menjadi pilihan alternatif disebabkan oleh kilauannya yang menyerupai emas.

Loyang menjadi pilihan alternatif disebabkan oleh kilauannya yang menyerupai emas.

PROSES MEMBUAT LOYANG

Tembaga or Loyang

Tembaga agak mudah cair pada suhu yang rendah berbanding besi yang mencair pada suhu 1,000 darjah celcius. Bagi menghasilkan loyang yang berkualiti, proses membuatnya diberi perhatian yang mendalam. Oleh itu, proses untuk membuat loyang mengikut gaya tradisional dimulakan dengan acuan lilin dan goresan timbul.

Proses pertama dimulakan dengan acuan lilin iaitu pembentukan kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk serta corak barang yang akan dihasilkan. Seterusnya proses membuat acuan iaitu pembuatan kelonsong atau bentuk yang diingini akan dihasilkan dengan mencelup acuan ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Lilin akan dilarik supaya seimbang, sama rata dan sesuai dengan bentuk luar barangan. Kemudian lilin yang telah siap dilarik akan ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus.

Tembaga or Loyang

Tembaga agak mudah cair pada suhu yang rendah berbanding besi yang mencair pada suhu 1,000 darjah celcius

Tembaga or Loyang

Selepas itu, proses menuang dilakukan iaitu mencairkan campuran logam dan dimasukkan ke dalam acuan. Campuran logam akan dipanaskan di dalam bekas yang dipanggil sebagai relau. Api relau digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus dan dituang keluar bagi meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Ketika acuan dibakar, lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut tersebut. Ia diikuti dengan cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan dan ditinggalkan sehingga sejuk dan membeku supaya dapat dipecahkan tanah liat untuk mengeluarkan barangan tembaga yang masih mempunyai permukaan yang kasar.

Tembaga or Loyang

Kemudian proses mencuci dilakukan iaitu kerja-kerja mencuci, mengikis dan menggilap. Logam berserta tompok-tompok hitam berlebihan pada barang akan dikeluarkan dengan mengikis sehingga bersih. Selepas itu, loyang akan digosok dengan menggunakan kertas pasir dan digilap dengan sejenis bahan kimia yang memberikan kemasan yang halus dan berseri.

Selepas itu, kemasan dilakukan dengan memeriksa lubang halus supaya tiada kecacatan berlaku. Sekiranya terdapat lubang, ia akan ditampal dengan timah hitam dan diakhiri dengan goresan timbul iaitu pengukiran pada tembaga bagi mencantikkan barang tersebut.

Tembaga or Loyang

MEMARTABATKAN SENI LOYANG

SPANCO meneruskan inisiatif dalam memartabatkan warisan sejagat yang kini semakin dilupakan. Bagi tahun 2020, SPANCO mengangkat seni loyang untuk diketengahkan. Kehalusan seni loyang ini juga merupakan satu manifestasi simbolik SPANCO yang mengutamakan kemahiran, ketepatan, keperincian dan kehalusan.

Oleh itu, SPANCO meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che. Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi. Kalendar Tahun 2020 SPANCO ini memaparkan artifak- artifak terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Diharapkan khalayak umum dapat lebih menghargai seni warisan ini dan berbangga dengan khazanah yang dimiliki bangsa.

Satu manifestasi simbolik SPANCO yang mengutamakan kemahiran, ketepatan, keperincian dan kehalusan.

Prof. Dr. Che. Husna Azhari
Prof. Dr. Che. Husna Azhari, pakar reka Alam Melayu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!