Fleet Online Berwajah Baharu

Portal Fleet Online SPANCO sebagai kemudahan yang membolehkan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan memantau serta menguruskan kereta konsesi secara dalam talian, telah dikemaskini pada 1 November 2019 lalu.

Menerusi sistem itu, pelanggan dan pengguna boleh mengetahui dan menyemak antaranya status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan, program penggantian bagi kereta yang akan tamat pajakan selain tahap ketersediaan terkini bagi Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) atau Kereta Jabatan (KJ) yang digunakan.

Melalui perkhidmatan berasaskan web ini, semua maklumat boleh dicapai pada bila-bila masa secara terperinci atau disaring mengikut keperluan pengguna.

Data yang diintegrasikan di dalam Portal Fleet Online versi baharu pula adalah berdasarkan data masa nyata daripada Sistem Maklumat Pengurusan Fleet (FMIS – Fleet Management Information System).

Ini bermakna segala maklumat yang disediakan adalah terkini dan dalam masa sebenar (real time) berbanding versi lama yang berdasarkan data sehari sebelumnya. Versi baharu juga memiliki fungsi carian dan data eksport yang lebih mudah serta fleksibel.

Pengguna boleh memuat turun laporan yang diperlukan untuk kenderaan mereka, mengemaskinikan profil, membuat pertanyaan dan memberi maklum balas mengenai tahap perkhidmatan yang diterima.

Siapa pengguna portal

Pegawai Kenderaan atau Pegawai Pusat Tanggungjawab (PTJ) boleh mengakses dan menggunakan Portal Fleet Online versi baharu berdasarkan profil masuk (login profile) yang disediakan khusus untuk mereka.

Mereka boleh menyemak pelbagai maklumat berkenaan fleet seperti saiz serta profil mengikut model dan usia, butiran terperinci kenderaan, senarai kereta-kereta yang akan tamat pajakan dan yang akan diganti di dalam program penggantian, status pesanan kenderaan dan senarai kereta-kereta yang telah diserahkan kepada kementerian atau agensi masing-masing.

Manakala dari segi servis pula, Pegawai PTJ boleh mengetahui dan melihat status kemajuan kerja (WIP) bagi penyenggaraan yang sedang dilaksanakan, servis tertunggak mengikut bulan, notis peringatan servis, nisbah kenderaan tidak boleh digunakan (vehicle-off-road atau VOR), sejarah penyenggaraan dan pembaikan serta kes-kes kemalangan bagi setiap kenderaan di bawah jagaan mereka.

Sementara itu, maklumat saman yang dipaparkan kepada Pegawai PTJ adalah hanya berkaitan kenderaan seliaan masing-masing, termasuk bagi kenderaan yang telah dilupuskan tetapi masih memiliki saman tertunggak.

Keperluan minimum sistem

Penambahbaikan turut dilakukan ke atas tahap keserasian Portal Fleet Online dengan pelayar web Internet Explorer versi terkini serta pelayar web lain seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Keperluan minimum bagi sistem komputer untuk membolehkan Portal Fleet Online dilayari adalah seperti berikut:

  • Pemproses komputer Intel Pentium Quad Core atau lebih tinggi (Intel i3, i5, i7)
  • RAM 4GB
  • HDD 250GB
  • Pelayar web – sebaik-baiknya menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome
  • Windows XP Pro, Windows Vista Pro, Windows 7 Pro, Windows 8 ataupun Windows 10
  • Internet Streamyx, Unifi ataupun Jalur Lebar Mudah Alih dengan kelajuan sekurang-kurang 1Mbps

Cara mengakses Portal Fleet Online

Untuk mengakses Portal Fleet Online, pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan masing-masing daripada Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas Kementerian mereka.

Pelanggan boleh melayari laman web rasmi SPANCO dan kemudian log masuk di pautan https://www.spanco.com.my/fleet-online/

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!