Imbasan 2019

Berikut adalah imbasan peristiwa yang berlaku sepanjang 2019.

Februari 2019 – 10 perantis jalani Program SLDN

Perantis program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) memulakan latihan praktikal di SPANCO iaitu masing-masing lima orang di Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dan di PSW Bangi. Latihan amali berlangsung selama tiga bulan di bawah bimbingan jurulatih yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Sebagai sebuah syarikat SLDN yang ditauliahkan oleh JPK, SPANCO menjalin kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) untuk melaksanakan program SLDN dengan menawarkan Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Mac 2019 – SPANCO Smart Partnership Centre

Bahagian Khidmat Selepas Jualan SPANCO memulakan inisiatif yang dinamakan SPANCO Smart Partnership Centre (Pusat Rakan Kongsi Pintar SPANCO) di peringkat negeri dan wilayah dengan kerjasama Wakil Servis Proton Edar (PESD) terpilih.

Inisiatif ini antara program yang dirancang Bahagian Khidmat Selepas Jualan bagi mempercepatkan lagi proses dan tempoh pembaikan sesebuah kereta terutama yang melibatkan pembaikan rombak rawat dan baik pulih akibat kemalangan.

Mac 2019 – Portal PRIHATIN dilancar

Majalah PRIHATIN – Berita SPANCO yang diterbitkan sejak 1998, kini boleh dibaca menerusi prihatinspanco.com.my. Portal PRIHATIN ini satu lagi inovasi bagi meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan manfaat majalah kepada lebih ramai pembaca yang kini cenderung kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

23 Mac 2019 – Lima PSD terima anugerah

Lima Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dari lima wilayah dikalungkan Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018 sebagai mengiktiraf serta menghargai sumbangan dan peranan mereka terhadap pelanggan dan penjagaan kenderaan milik SPANCO.

Markah penentuan pemenang berdasarkan kemudahan bengkel sebanyak 20% manakala 80% melalui bancian kepuasan pelanggan.

Pemenang Anugerah diraikan pada majlis makan malam di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2019 dan majlis penyampaian disempurnakan Pengarah Eksekutif, Encik Peter Lim pada 23 Mac.

20 & 26 April 2019 – Penyerahan kenderaan sempena Hari Ulang Tahun Ke-47 RELA

SPANCO menyerahkan kenderaan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sempena Hari Ulang Tahun Ke-47 jabatan itu. Penyerahan kunci secara simbolik kepada RELA Sabah dan RELA Johor disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hamzah Mohd Salleh, masing-masing bertempat di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Tuaran pada 20 April dan Hub Pendidikan Pagoh pada 26 April.

11 Mei 2019 – Program Agihan Bubur Lambuk

Bagi mengeratkan hubungan SPANCO bersama kariah setempat, SPANCO meneruskan amalan mengagihkan bubur lambuk sempena menyambut Ramadan seperti yang dilakukan sebelum ini. Program tahun ini dilaksanakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor iaitu masjid yang semukim dengan Pusat Servis Wilayah Bangi.

Mei 2019 – Pemeriksaan Keselamatan Percuma

SPANCO sekali lagi menawarkan pemeriksaan keselamatan percuma kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 hingga 28 Mei 2019. Sebelum itu, SPANCO menawarkan pemeriksaan serupa sempena perayaan Tahun Baru Cina pada awal tahun.

Bahagian Khidmat Selepas Jualan menganjurkan program pemeriksaan keselamatan secara percuma sebagai inisiatif mengeratkan lagi hubungan baik dengan penjawat awam terutama di Lembah Klang iaitu mereka yang tidak berurusan secara langsung dengan SPANCO.

28 Mei 2019 – Sumbangan Aidilfitri Kepada ATM

Seperti tahun-tahun sebelumnya, SPANCO turut serta menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Cek sumbangan disampaikan kepada Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad Sabu oleh Pengurus Kanan Perancangan Korporat, Mohd Fairuz Salleh mewakili SPANCO pada majlis di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan.

9 Julai 2019 – RELA Sarawak terima Proton Persona dan Saga

Majlis penyerahan Kereta Jabatan RELA Proton Persona dan Saga kepada Pejabat RELA Negeri Sarawak disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh kepada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, KPjR Tuan Zulkifli Abidin. Sejumlah 25 unit Proton Persona dan Saga diterima oleh RELA Negeri & Daerah terpilih di seluruh Sarawak.

17 Julai 2019 – Penyerahan Proton Persona kepada IPK Kedah

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menerima 59 unit Proton Persona daripada SPANCO bagi tujuan membantu tugas harian pasukan keselamatan itu. Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, semua kenderaan itu diterima bagi menggantikan Proton Prevé 1.6 CVT yang telah tamat tempoh pajakan selama 5 tahun. Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Proton Persona dari SPANCO kepada Polis Kedah diadakan di Dataran IPK Kedah.

16 & 17 Julai 2019 – Roadshow MoF 2019 Zon Selatan

SPANCO telah menyertai Program Roadshow Kementerian Kewangan 2019 bagi Zon Selatan yang berlangsung di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka pada 16 dan 17 Julai.

25 Julai 2019 – Taklimat Proton Persona di Kementerian Pertahanan

SPANCO menganjurkan taklimat mengenai Proton Persona kepada Kementerian Pertahanan bertempat di Pusat Servis Wilayah Batu Caves sempena pengenalan model tersebut ke dalam fleet SPANCO.

Julai dan Ogos 2019 – Taklimat dan Penyerahan Kenderaan KPDNHEP

SPANCO menganjurkan Program Taklimat dan Penyerahan Kenderaan kepada Jabatan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Untuk Zon Utara, taklimat diadakan di Proton Edar Ipoh pada 29 Julai; Zon Tengah di Pusat Servis Wilayah Bangi pada 1 Ogos, dan Zon Selatan di Proton Edar Plentong pada 26 Ogos.

11 September 2019 – Sesi Perjumpaan MTD Cawangan Logistik

Sesi perjumpaan antara pegawai Markas Tentera Darat Cawangan Logistik dan SPANCO telah berlangsung di Pusat Servis Wilayah Batu Caves.

19 September 2019 – Program Perkhidmatan Audit Kenderaan

Program Perkhidmatan Audit Kenderaan SPANCO bagi Zon Timur diadakan di Proton Edar Rohamas, Temerloh, Pahang.

27-29 September 2019 – Mesyuarat Perhubungan dan System Hands-On

Mesyuarat Perhubungan dan System Hands-On Antara Perbendaharaan Malaysia Dengan Pegawai-Pegawai Kementerian/Jabatan Tahun 2019 Siri 1 diadakan di Institut Pengurusan Peladang Langkawi dari 27 hingga 29 September 2019.

9 Oktober 2019 – Lawatan Audit ISO 9001:2015

Pasukan Audit ISO 9001:2015 membuat lawatan ke Pusat Servis Wilayah Batu Caves pada 9 Oktober.

1 November 2019 – Portal Fleet Online Dipertingkat

Portal Fleet Online SPANCO sebagai kemudahan yang membolehkan pihak jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan memantau serta menguruskan kereta konsesi secara dalam talian, telah dikemaskini pada 1 November 2019.

Untuk mengakses Portal Fleet Online, pelanggan boleh mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan masing-masing daripada Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas kementerian berkenaan.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!