Elak Kecuaian yang Merugikan

Kecuaian bermaksud kelalaian atau tindakan tidak berhati-hati yang dilakukan oleh pemandu. Kecuaian juga adalah satu bentuk salah laku yang boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan pada kenderaan.

Pengurus Kanan Operasi Rangkaian Pusat Servis SPANCO, Izharul Hafiz Zolkifli berkata, pihaknya mentakrifkan kecuaian apabila  pemandu berniat secara sengaja, dalam keadaan sedar atau gagal mengambil tindakan pencegahan sewajarnya bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian.

Antaranya,  tidak mengendahkan notis peringatan untuk servis berikutnya yang dihantar oleh SPANCO atau gagal sama sekali untuk menghantar kenderaan ke pusat servis untuk menjalani servis berjadual apabila sampai waktunya.

Beliau berkata, kecuaian yang dilakukan dengan sengaja  iaitu tidak melaksanakan servis berjadual  boleh mengakibatkan kerosakan serius kepada kenderaan. Ini tentunya akan menyukarkan pengguna itu sendiri jika tempoh yang lama diperlukan untuk membaikinya.

Sikap cuai boleh mengakibatkan pemandu:

  • kekurangan kenderaan jika kerja pembaikan mengambil masa yang lama.
  • menanggung kos pembaikan ke atas  kerosakan yang  berlaku.
  • dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak jabatan.

Bagi mengelakkan  masalah ini menimpa pengguna dan pemandu, mereka disarankan sentiasa berwaspada dan peka terhadap beberapa jenis kecuaian yang kerap berlaku ke atas fleet  SPANCO.

Berikut adalah statistik kecuaian berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan-kenderaan SPANCO 2019 (setakat 30 November):

  • Hilang kunci pendua 05kes
  • Memandu ke dalam banjir 06kes
  • Kereta tidak dihantar untuk diservis Purata 08kes sebulan
  • Kepanasan enjin melampau Purata  Purata 04kes sebulan
  • Kegagalan bateri Purata 44kes sebulan

Berpandukan perbualan panggilan kecemasan yang diterima oleh SPANCO hampir setiap hari, kegagalan bateri didapati merupakan punca utama aduan daripada pelanggan.

Didapati 23% kes kegagalan bateri yang berlaku ke atas kenderaan fleet SPANCO disebabkan kecuaian seperti  lupa mematikan lampu, tidak menutup pintu dengan rapat menyebabkan lampu ruang kabin menyala sepanjang  malam sehingga bateri kehabisan caj, dan tidak menghidupkan enjin kereta pada tempoh yang lama sehingga caj bateri susut.

“Berdasarkan kes kecuaian yang disengajakan seperti  disebutkan di atas,  maka boleh dirumuskan bahawa pengguna perlu menanggung kos untuk membaiki kerosakan kereta tersebut serta mengalami kerugian masa yang akan mengganggu kelancaran tugas harian kerana kereta tidak dapat digunakan sepanjang tempoh kereta itu dibaiki (downtime/vehicle off road).”

“Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna dan pemandu untuk menjaga aset kereta yang diamanahkan kepada mereka demi keselesaan dan keselamatan serta kelancaran tugas harian,” katanya yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang automotif.

Justeru, Izharul berharap pengguna atau pemandu mengambil iktibar daripada ulasan ini dengan  sentiasa mengambil sikap berwaspada dan bertanggungjawab serta memikirkan kesan daripada keputusan yang  diambil bagi menghindar sebarang masalah berpunca daripada kecuaian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!