Prihatin Baharu Lebih Dinamik, Inklusif

Prihatin telah lebih 20 tahun diterbitkan. Majalah ini adalah platform utama SPANCO bagi berkongsi maklumat korporat dan operasinya dalam menguruskan fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, Prihatin mengambil inisiatif secara komited untuk menyiarkan panduan mahupun rencana yang mampu mendidik pemandu dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mereka.

Melangkah ke hadapan bagi memastikan ia terus relevan dalam era digital, Prihatin kini tampil dengan format lebih dinamik melalui rekabentuk, pengisian, ruangan serta pendekatan lebih inklusif bagi memaparkan bahan bacaan terkini dan lebih segar untuk pembaca. Malah semuanya kini boleh diakses melalui platform digital. Untuk itu, portal khusus – www.prihatinspanco.com.my telah diwujudkan.

Selain edisi cetak dan paparan dalam bentuk digital, Prihatin turut mengambil langkah bagi memastikan laporan dan maklumat terkini dihebahkan melalui saluran media sosial.

Langkah memanfaatkan platform digital ini antara lain untuk meningkatkan jangkauan kelompok pembaca serta penjenamaan SPANCO. Ketika mana laporan korporat terkini dikekalkan, Prihatin juga akan terus menyajikan rencana gaya hidup (lifestyle) yang sentiasa dinanti-nantikan pembaca.

Juga, ketika mana jumlah pemandu baru terus bertambah di jalan raya setiap hari, Prihatin boleh dijadikan sumber untuk mereka mendapatkan panduan dan kesedaran mengenai penjagaan, pemanduan mahupun servis kenderaan serta keselamatan jalan raya.

Semua bahan-bahan ini akan dipaparkan oleh Prihatin dalam bentuk yang lebih ringan, menarik dan ringkas dengan disokong oleh paparan grafik, rekabentuk, teks serta warna yang lebih kontemporari.

Struktur pengisian dan kolum yang akan dipaparkan ialah Salam Prihatin, Perspektif, Hab SPANCO, Diari, Warisan, Mekanika, Rawat dan Rehat, Kembara, Jom Makan, Jentera Servis Kami serta Pilihan Servis Anda.

Ringkasnya, perubahan dan pembaharuan Prihatin merupakan satu lagi inovasi SPANCO bagi meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan manfaat majalah ini kepada lebih ramai pembaca yang kini lebih menjurus kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!