Pemanduan Berhemah Selamatkan Nyawa Anda & Orang Tersayang

Berita kemalangan jalan raya hampir saban hari terpampang di dada akhbar. Banyak kajian mendapati punca kemalangan adalah dari kesilapan dan kecuaian pemandu. Kealpaan sesetengah pemandu bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri tetapi penumpang yang dibawa.

Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa pasti akan mengundang malapetaka sekali gus meragut nyawa insan-insan yang tersayang. Sentiasalah mengamalkan pemanduan berhemah setiap kali berada di jalan raya kerana ia mampu mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku.

Ketahui langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan:

Sebelum Memulakan Perjalanan

  • Dapatkan tidur yang cukup jika perlu melakukan perjalanan jauh.
  • Pastikan semua lampu berfungsi. Laraskan semua cermin dan tempat duduk apabila masuk ke dalam kereta.
  • Pastikan anda dan penumpang mengenakan tali pinggang keledar keselamatan.

Semasa Memandu

  • Semasa memandu, sentiasa berwaspada. Perhatikan apa yang berlaku di sisi dan di belakang dengan melihat cermin sekali sekala.
  • Tumpukan perhatian dan hindari sebarang gangguan terutama penggunaan telefon bimbit dan tablet.
  • Apabila lampu isyarat bertukar hijau, lihatlah ke kiri, kanan, hadapan dan kiri sekali lagi terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
  • Patuhi peraturan lalu lintas terutama had laju di jalan-jalan biasa dan lebuh raya.
  • 110kmj adalah kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia. Anda sebenarnya menyalahi undang-undang jika memandu melebihi had laju itu.

Jarak Semasa Membrek

  • Apabila brek ditekan, sesebuah kenderaan akan terus bergerak buat seketika pada jarak tertentu sebelum berhenti sepenuhnya. Lebih laju kenderaan bergerak, lebih jauh pula jarak yang diperlukan untuk berhenti.
  • Sekiranya kelajuan digandakan, jarak membrek bertambah sebanyak empat kali ganda.
  • Sekiranya berat muatan digandakan pula, jarak yang diperlukan untuk berhenti turut berganda.
  • Jarak berhenti turut berganda dalam cuaca hujan dan di atas permukaan jalan yang basah.

Perjalanan jauh

  • Jika anda ingin bercuti atau balik kampung, maklumkan kepada keluarga atau teman rapat tentang jadual perjalanan, masa yang dijangka tiba dan nombor yang boleh dihubungi. Pastikan anda memberitahu mereka sebelum menukar perancangan.
  • Elakkan laluan yang sesak dengan lori atau bas kerana kenderaan berat sukar untuk mengesan kenderaan yang lebih kecil.
  • Berjaga-jaga terhadap lori di selekoh kerana kenderaan yang panjang memerlukan lebih ruang untuk membelok.
  • Simpan nombor yang boleh dihubungi, maklumat diri dan maklumat perubatan anda di dalam kereta jika berlaku kecemasan.
  • Rancang perjalanan. Bertolak awal dan tiba 10 minit sebelum masa yang dijanjikan. Kelajuan bukan jaminan untuk sampai tepat pada waktunya malah boleh memungkinkan anda tidak akan sampai sama sekali.
  • Bagi pelanggan SPANCO, hubungi pusat panggilan 24 jam di 1-800-88-6999 atau melalui Aplikasi Mobil SPANCO jika berlaku sebarang kerosakan atau kecemasan di jalan raya.
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!