Kuala Selangor: Destinasi Santai Hujung Minggu

Selangor sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik yang harus dilawati. Apa kata kali ini kita habiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di tempat-tempat percutian menarik dan jarang dikunjungi di Kuala Selangor. Satu destinasi pelancongan yang menawarkan beberapa tarikan unik lagi eksotik.

Penginapan

Banyak penginapan selesa di sini, terpulang sama ada anda ingin duduk di hotel bertaraf 3 bintang, hotel bajet atau mengidap sahaja di ‘homestay’ sambil menikmati pemandangan sawah padi yang mendamaikan. Segalanya terpulang mengikut kemampuan dan keselesaan anda sekeluarga.

Tempat-Tempat Menarik Yang Harus Anda Lawati

1 | Pantai Remis

Terletak di Sungai Sembilang Jeram, di sini anda boleh membeli hasil tangkapan laut seperti kerang segar, ikan kering dan remis atau nikmati sahaja makanan laut segar seperti ikan bakar dan kerang rebus di restoran dan gerai berhampiran. Walaupun kurang sesuai untuk mandi namun keindahan matahari terbenam serta pantulan cahaya di permukaan laut memberikan pemandangan yang cukup mengagumkan. Aktiviti riadah seperti bermain layang-layang, memancing ikan dan mencari kerang, mentarang dan remis juga boleh dilakukan.

2 | Rasai makanan eksotik daging rusa, pelanduk, kancil dan landak

Agak pelik bukan? Tetapi di Kuala Selangor anda boleh merasai makanan eksotik seperti rusa, pelanduk, landak, udang galah dan lain-lain. Boleh memilih untuk ke Restoran Lembah Bernam atau Restoran Selera Rimba di Pasir Panjang yang sesuai sebagai persinggahan makan tengah hari keluarga anda.

3 | Memberi makan helang di Pasir Penambang

Bukan hanya Langkawi, di Kuala Selangor juga anda boleh bertemu dan memberi makan kepada sang helang. Sampai ke Pasir Penambang, pergi saja ke jeti dan beli tiket sekitar RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak untuk menaiki bot ke kawasan burung helang berterbangan di tengah sungai. Masa yang sesuai adalah pada pukul 4-6.30 petang.

4 | Menikmati keindahan alam semula jadi di ‘Sky Mirror’

Satu lokasi terbaharu terletak di Sasaran, Pasir Penambang Kuala Selangor. Sky Mirror diberi nama hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut Selat Melaka. Pemandangan yang sangat cantik sesuai untuk bersantai dan bergambar. Anda perlu ke Jeti Penambang untuk sampai ke sini.

5 | Melihat pembiakan tiram di Pulau Angsa

Alang-alang ke ‘Sky Mirror’, terus saja ke Pulau Angsa. Pulau yang penuh dengan sejarah sewaktu ketibaan Bugis dahulu dan merupakan tempat rekreasi serta lokasi pembiakan tiram juga terdapat rumah api yang membantu nelayan dan bot-bot sekitar mengemudi perairan persekitaran.

6 | Menikmati Keindahan kelip-kelip di Kampung Kuantan

Tidak sah ke Kuala Selangor jika tidak mengunjungi tarikan unik dan tidak asing lagi iaitu serangga kelip-kelip di Kampung Kuantan. Rasai pengalaman keindahan kelip-kelip di sepanjang sungai pada waktu malam dengan menaiki bot pada tambang RM50 untuk empat orang termasuk jaket keselamatan.

7 | Bermesra dengan alam di Taman Alam Kuala Selangor

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti ‘jungle trekking’, terdapat hutan paya bakau yang menjadi ekosistem semula jadi hidupan di sini. Taman ini juga menjadi tempat persinggahan dan penempatan pelbagai jenis spesies burung dari dalam dan luar negara. Paling sesuai dikunjungi pada September hingga April di mana pada waktu ini burung-burung ini akan berhijrah ke sini mencari makanan.

8 | Terokai sejarah di Bukit Melawati

Anak-anak pasti teruja untuk mengetahui sejarah di Bukit Melawati, yang pernah menjadi kawasan jajahan Belanda dahulu. Terdapat rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan peninggalan sejarah seperti Makam Diraja, Perigi Beracun, Tangga Seratus, Telaga Tujuh, Batu Hampar, Busut Melawati, Meriam Penggawa, Muzium Sejarah Kuala Selangor dan Kota Melawati. Boleh juga menaiki trem untuk bersiar-siar di sekitar Bukit Melawati.

8 | Timba Ilmu di Taman Ikan Air Tawar

Hanya lima minit dari Bukit Melawati, anda boleh mendalami ilmu ikan air tawar dan melihat lebih 1,500 ekor ikan yang terdiri daripada lebih 60 spesies antaranya ikan kelisa, toman, ikan buaya, kelah, lampan, belida dan keli.

10 | Beli-belah di Pekan Sungai Besar

Buat para isteri, di sini syurga membeli-belah yang mesti dikunjungi. Dari kuih muih, kerepek, pilihan pakaian dan peralatan rumah malah hasil laut turut dijual.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!