10 Teknologi Kereta Termaju Era 2020

Industri automobil mempelopori teknologi dengan pelbagai reka cipta dan sistem canggih untuk memberi keselesaan serta keselamatan kepada pemanduan. Berikut adalah 10 teknologi terkini yang dijangka bakal dinikmati pengguna kenderaan sebagai kelengkapan standard pada 2020 nanti.

1. Kenderaan Tanpa Pemandu

Menjelang 2020 ia bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Walaupun bukan kereta tanpa pemandu sepenuhnya kerana pakar industri meramalkan lima tahun diperlukan selepas itu untuk membangunkan kereta yang benar-benar ‘autonomous’ yang tidak memerlukan pengawasan manusia.

2. Sistem ‘Override’

Ada kaitan dengan teknologi tanpa pemandu, namun sistem ‘override’ lebih kepada kebergantungan untuk membuat keputusan dalam situasi kecemasan. Sebagai contoh kereta akan diberhentikan sendiri tanpa pemandu menekan brek bagi mengelak pelanggaran. Keputusan dilakukan oleh kereta dengan bantuan sensor tanpa tindakan pemandu.

3. Kereta Biometrik

Hari ini, memang sedia maklum enjin boleh dihidupkan dengan sekadar menekan suis. Tetapi pada 2020 nanti, segalanya menjadi lebih mudah apabila kereta boleh dibuka dan enjin dihidupkan dengan hanya menggunakan cap jari anda. Konsep yang sama seperti telefon pintar.

4. Sistem Penjejak Komprehensif

Kereta boleh dikesan dan dipantau dengan sistem penjejak yang lebih komprehensif. Pada 2020, bagi menggalakkan penggunaannya, syarikat-syarikat insurans mungkin akan menawarkan kadar premium yang lebih rendah kepada pemandu-pemandu yang memasang sistem ini kerana dirasakan lebih selamat dan mampu mempengaruhi sikap pemanduan yang berhemah.

5. Paparan Cermin Depan Aktif

Teknologi ‘Head-Up Display’ (HUD) telah pun digunakan pada cermin hadapan kereta sejak sekian lama. Pada 2020 HUD dijangka akan lebih terserlah dengan paparan warna-warni yang terang dan jelas yang dipancarkan pada cermin hadapan bagi membantu pengemudian.

6. Pelumpuh Enjin Jarak Jauh

Teknologi ini telah pun lama wujud seperti OnStar contohnya yang telah berjaya menjejak dan mematikan beratus-ratus kenderaan yang dicuri. Pada 2020, alat atau sistem pelumpuh enjin kenderaan akan menjadi begitu sinonim dengan teknologi telematik malah akan mempengaruhi bagaimana fleet diuruskan.

7. Alat Pengawasan Kesihatan

Kebanyakan kereta kelak akan dilengkapi dengan sensor pengawasan kesihatan yang dipasang pada tali pinggang keledar dan stereng. Apabila digabungkan dengan teknologi ‘autonomous’, kereta akan boleh berhenti dengan sendiri dan paramedik terus dihubungi jika pemandu mendapat serangan jantung ketika memandu.

8. Enjin Empat Silinder Berkuasa

Enjin akan menjadi lebih kecil tetapi lebih berkuasa. Pada 2020, buat pertama kalinya kita akan dapat menyaksikan ‘supercar’ yang mampu mencecah kelajuan lebih 320kmj hanya menggunakan enjin empat silinder.

9. Pengiklanan Dalam Kereta

Tidak mustahil, 2020 nanti setiap kereta dilengkapi Internet jalur lebar, memudahkan anda bergerak dengan pantas dalam memberikan maklumat perjalanan yang lebih lengkap dan terperinci. Ini memberikan peluang kepada pengiklan dan penyedia perkhidmatan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi berpandu lokasi.

10. Panel Badan Boleh Ubah Suai

Permintaan untuk SUV begitu menggalakkan manakala jualan trak pikap pula terus meningkat ketika ini. Apa kata jika anda boleh mendapatkan kedua-duanya sekali dalam sebuah kenderaan? Bayangkan sebuah SUV dengan panel badan yang ringan dilengkapi motor yang boleh menguncupkan bumbung dan cermin bagi mengubah bentuknya mengikut keperluan. Satu trak dan SUV dalam satu kenderaan. Ia boleh terjadi.

Sumber: Diterjemah dan diolah semula dari rencana asal oleh Forbes

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!