Tip Penjagaan Kereta Elakkan Kemalangan

Kemalangan jalan raya berpunca dari pelbagai faktor. Selain sikap pengguna jalan raya, keadaan kereta juga antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan. Penjagaan dan penyenggaraan kereta yang betul boleh mengelakkan kemalangan serius. Ikuti panduan penjagaan kereta berikut untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya.

Pastikan Cermin Hadapan & Sisi Sentiasa Bersih

Cermin hadapan dan sisi memainkan peranan penting bagi memudahkan anda melihat titik buta. Cermin yang kabur, akan menyulitkan penglihatan terutama apabila memandu pada waktu malam. Selalulah bersihkan cermin-cermin ini menggunakan kain serat mikro bagi menghapuskan kotoran, debu serta kotoran lain yang melekat padanya.

Tukar ‘Wiper’ yang Pecah atau Rosak

Cuaca yang panas boleh menyebabkan getah pada bilah ‘wiper’ menjadi kering dan mudah rosak. Bilah ‘wiper’ yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan cermin hadapan menjadi kabut dan menjadikan penglihatan tidak jelas sekali gus menyebabkan kemalangan terutamanya apabila hujan.

Periksa Lampu Kenderaan

Lampu memainkan peranan penting terutamanya apabila memandu pada waktu malam. Anda mungkin tidak sedar lampu hadapan atau belakang kereta tidak berfungsi. Seminggu sekali, periksa lampu kereta sebelum memulakan perjalanan. Jika lampu hadapan agak malap ia bermakna mentolnya perlu diganti. Mentol yang tidak sama di kedua-dua belah juga boleh mendatangkan masalah dan kekeliruan kepada kenderaan lain.

Pastikan Lampu Brek dan Lampu Isyarat Berfungsi

Lampu brek yang tidak berfungsi atau malap akan menyukarkan pemandu di belakang untuk mengetahui samada anda ingin perlahan, membelok atau berhenti. Kekeliruan ini boleh menyebabkan kemalangan.

Oleh itu, pastikan lampu-lampu tersebut berfungsi dan tidak malap. Gantikan dengan mentol yang betul untuk mengekalkan tahap kecerahannya.

Jangan Memandu dengan Tayar Botak

Tayar sepatutnya boleh mencengkam jalan raya samada dalam kondisi basah atau kering. Semakin lama digunakan, bunga pada tayar akan haus sekali gus mengurangkan keberkesanannya untuk mencengkam. Tayar botak boleh mengundang kemalangan. Ia perlu diganti apabila tahap kedalaman bunga mencecah penunjuk kehausan pada permukaan tayar.

Pastikan Tekanan Angin yang Betul

Tekanan angin tayar yang tidak sempurna boleh mengundang kerosakan atau kemalangan. Memandu dengan tayar yang kembung atau kempis akan menjadikan tayar cepat rosak dan tidak rata sekali gus mengakibatkan kereta hilang kawalan. Tekanan angin yang rendah juga boleh menyebabkan tayar pecah. Pastikan tayar berada pada tekanan angin yang betul mengikut saranan pengeluar. Periksa tekanan angin sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebelum melakukan perjalanan jauh.

Periksa Suspensi dan Penjajaran

Kerap melanggar lubang atau memandu pada jalan yang kasar boleh menyebabkan sistem suspensi kereta menjadi tidak sejajar sekali gus menyukarkan pengawalan. Ini akan mengakibatkan tayar menjadi tidak rata. Periksa ‘alignment’ dan suspensi dengan kerap bagi mendapatkan pemanduan yang lancar sekali gus mengelakkan kemalangan.

Tukar Kedudukan Tayar

Tayar hadapan dan belakang memberi sokongan berat berlainan, menjadikan tayar haus pada kadar yang berbeza. Tukar kedudukan tayar hadapan dan belakang setiap 10,000km untuk mendapatkan pemanduan yang lebih lancar. Amalkan pemanduan berhemah. Memandulah dengan had laju yang ditetapkan, elakkan lubang dan jalan rosak serta jangan membawa muatan berlebihan. Ia bukan hanya dapat menjaga tayar dan mengelakkannya dari rosak malah dapat memanjangkan jangka hayatnya.

Pastikan Brek Berfungsi dengan Baik

Fungsi brek sangat penting kerana ia memastikan kereta dapat dihentikan pada jarak dan masa yang diperlukan. Periksa minyak brek dan gantikan pad brek apabila ia telah haus. Semasa membrek, jika anda perasan terdapat bunyi geseran, gegaran atau ia mengambil masa lama untuk berhenti bermakna brek anda harus diberi perhatian serta-merta.

Tukar Minyak Pelincir Kereta Mengikut Jadual

Semua jenis pelincir dan bendalir dalam kereta adalah penting dan haruslah diambil berat. Kekurangan mana-mana bahan pelincir pada kereta akan merosakkan enjin. ‘Coolant’ menyejukkan enjin. Minyak brek memastikan kecekapan pemberhentian kereta. Bendalir ‘power steering’ juga penting kerana tanpanya kereta tidak berupaya untuk membelok. Lakukan servis dan catatkan tempoh bila pelincir dan bendalir ini perlu diganti.

Akhir sekali, pastikan anda mematuhi jadual penyenggaraan servis seperti yang disarankan oleh pengeluar iaitu bagi kereta Proton Perdana Standard 2.0 dan 2.4 adalah setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana dahulu; manakala bagi model yang lain adalah setiap 10,000km atau 6 bulan yang mana dahulu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!