Tradisi Unik Hari Raya Aidilfitri di Pelbagai Negara

Perayaan Hari Raya adalah meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Umumnya setiap umat Islam di seluruh dunia akan menyambut fajar 1 Syawal dengan bersembahyang Hari Raya di masjid. Bagaimanapun setiap negara mempunyai tradisi dan budaya berbeza dalam menyambutnya.

Indonesia

Acara ‘mudik lebaran’, menikmati juadah ketupat dan rendang, menziarah sanak saudara dan pemberian duit raya adalah antara tradisi yang masih kuat diamalkan oleh masyarakat Islam di Indonesia. Malah, Malaysia juga mengamalkan tradisi yang agak sama iaitu ‘balik kampung’.

Arab Saudi

Tidak jauh tradisi dengan Malaysia yang masih mengekalkan kunjungan ke rumah saudara mara, masyarakat Islam Arab Saudi turut meraikan Aidilfitri dengan mengadakan pertunjukan seni seperti persembahan teater, pembacaan puisi, perarakan muzik, tarian dan lain-lain. Makanan istimewa mereka adalah daging kambing yang dicampurkan nasi dan sayuran tradisional.

Turki

‘Bayram’, adalah sebutan untuk Hari Raya di Turki di mana pada hari tersebut masyarakatnya akan memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik. Apabila berjumpa, mereka akan memberi ucapan salam berbunyi, ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram. Hal yang unik di Turki, hanya kaum lelaki sahaja yang bersembahyang Hari Raya manakala kaum wanita akan duduk di rumah.

China

Masyarakat China akan mengenakan baju khas Lebaran di mana kaum lelaki akan memakai jaket khas dan kopiah berwarna putih manakala kaum wanitanya memakai baju tebal dan tudung. Tradisi menziarah makam ayahanda dan bonda serta tokoh-tokoh Islam setempat akan dilakukan sebaik sahaja selesai solat Hari Raya dan makan bersama keluarga.

Australia

Majoriti masyarakat Islam di Australia tidak ramai namun mereka bebas meraikannya bersama keluarga masing-masing. Selalunya, mereka akan memeriahkan Hari Raya dengan mengadakan festival yang bukan hanya melibatkan masyarakat Islam tetapi juga pelbagai kaum dan agama lain.

Nigeria

Majoriti terdiri daripada kaum beragama Islam dan Kristian, namun saling menghormati dan membantu antara satu sama lain apabila tiba sesuatu perayaan. Aidilfitri dikenali dengan nama ‘Sallah Kecil’ dan pada Hari Raya mereka akan mengucapkan salam ‘Barka Da Sallah’ yang bermaksud Salam Sejahtera di Hari Raya.

Suriname

Budaya dan tradisinya lebih kurang sama dengan Indonesia kerana sebahagian daripada penduduk asli Suriname berasal dari suku Jawa. Unik mengenai Hari Raya di sini adalah penetapan Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan dari kiraan sendiri peninggalan nenek moyang dari Jawa sejak ratusan tahun dahulu.

India

Masyarakat Islam India akan bersembahyang 1 Syawal di masjid besar yang menjadi pusat berkumpul di New Delhi. Makanan istimewa dan wajib bagi masyarakat di sini adalah Siwaiyaan yang merupakan campuran bihun manis yang disajikan dengan susu dan buah-buahan kering.

Mesir

Sama seperti masyarakat Islam lain, di Mesir turut mementingkan silaturahim dalam menyambut Aidilfitri namun apa yang uniknya, mereka hanya akan berkumpul sesama keluarga sahaja dan bukan bersama jiran tetangga. Biasanya kaum keluarga akan berkumpul di taman sambil menikmati hidangan istimewa iaitu Ranja yang diperbuat daripada ikan masin dan acar.

Amerika Syarikat

Walaupun majoriti penduduk beragama Islam tidak ramai, namun sambutannya tetap meriah. Solat Hari Raya adalah paling penting di sini di mana mereka akan saling bermaafan dan mengucapkan Selamat Aidilfitri. Biasanya mereka akan mengenakan pelbagai pakaian mengikut budaya masing-masing memandangkan kebanyakan umat Islam di sini adalah kaum imigran.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!