Teknik Pengawalan Kenderaan

Pemanduan berhemah sememangnya mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah tiga perkara penting yang perlu ada pada diri kita untuk menjadi pemandu berhemah. Ikuti teknik pengawalan kenderaan yang betul apabila berada di jalan raya serta 10 amalan yang perlu dihindari semasa memandu.

Teknik Memegang Stereng

  • Pastikan jarak antara tangan dan tubuh anda berada dalam keadaan selesa apabila memegang stereng.
  • Laraskan stereng mengikut posisi yang sesuai.
  • Disarankan memegang stereng pada kedudukan jam 2/10 atau 3/9.
  • Genggam stereng dengan kemas tetapi tidak terlalu kuat.
  • Apabila mengambil selekoh, jangan sesekali menyilangkan tangan kerana genggaman anda boleh terlepas dengan mudah.
  • Untuk memusing stereng tanpa menyilangkan tangan, tolak stereng ke atas dan tarik ke bawah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, mengikut hala yang hendak dituju.

Teknik Membrek

  • Elak membrek dan memusingkan stereng serentak serta membrek secara mengejut.
  • Bagi sistem anti kunci ABS, brek hanya perlu terus ditekan sehingga kereta berjaya dihentikan. ABS akan menstabilkan pergerakan dan mengelak kereta daripada tergelincir.
  • Bagaimanapun bagi kereta yang tidak dilengkapi ABS, cuba pam pedal brek dengan menekan dan melepaskannya berulang kali untuk mengelakkan brek dan roda dari terkunci serta tergelincir.
  • Jika kereta masih gagal dihentikan, tarik brek tangan perlahan-lahan dan alihkan ke gear rendah. Awas! Kereta boleh berpusing jika brek tangan ditarik terlalu cepat.
  • Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan brek anda seperti kereta terpesong atau terdapat bau hangit maklumkan segera kepada penasihat servis.

Teknik Mengawal Kereta Di Selekoh

  • Apabila berada di selekoh, jangan membelok terlalu laju kerana ia boleh mengakibatkan kereta terbabas atau berpusing terutama pada jalan basah.
  • Sebelum memasuki selekoh, kurangkan kelajuan lebih awal dan tukar kepada gear yang lebih rendah.
  • Semasa melalui selekoh, kekalkan pada lorong yang sama.
  • Awas! Terdapat selekoh yang mempunyai lorong dua hala sejurus kita memasukinya.
  • Kekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain; pergeseran yang walaupun sedikit boleh mengakibatkan kenderaan terbabas.
  • jangan mencedok atau menyilangkan tangan untuk memusing stereng sebaliknya gunakan pergerakan tolak ke atas dan tarik ke bawah tanpa menyilangkan kedua-dua tangan.
  • Sekiranya anda ingin memecut sebaik keluar dari selekoh, pastikan mempunyai ruang beredar yang luas.

10 Amalan ‘JANGAN’ Semasa Memandu

  1. Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  2. Jangan bermain-main dengan alat GPS atau radio
  3. Jangan berhenti di garisan kuning
  4. Jangan meremehkan penggunaan lorong kecemasan
  5. Jangan memotong di garisan berkembar
  6. Jangan memotong barisan
  7. Jangan lupa memberi isyarat
  8. Jangan melanggar lampu merah
  9. Jangan menyalahgunakan lampu tinggi
  10. Jangan kerap bertukar lorong

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!