‘Catalytic Converter’ atau lebih dikenali sebagai penukar pemangkin yang ada pada sisten ekzos kenderaan berfungsi untuk mengawal kadar pencemaran dari asap kenderaan. Ia menapis kadar keracunan dari gas ekzos dan membakarnya serta meningkatkan kecekapan kereta anda.
Sekiranya anda melihat lampu enjin menyala, bau sulfur dioksida atau mengalami prestasi enjin yang kurang semasa memandu, anda mungkin perlu periksa keadaan penukar pemangkin. Disenaraikan beberapa tanda ‘catalytic converter’ mengalami kerosakan seperti berikut:
1. Kerosakan Enjin
Fungsi utama penukar pemangkin adalah untuk menukar gas toksik seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida kepada pelepasan yang kurang berbahaya supaya ia boleh dikeluarkan dengan selamat daripada sistem ekzos.
Penukar tersumbat akan menyekat penukaran dan pelepasan gas berbahaya tersebut dan menyimpannya di dalam enjin. Hal ini akan menyebabkan kereta anda sering berhenti dan mengalami penyukaran untuk menghidupkan enjin.
2. Bau Busuk dari Ekzos
Salah satu tanda awal penukar pemangkin bermasalah adalah pengeluaran bau telur busuk dari ekzos semasa anda memandu. Penukar pemangkin memproses sulfur berbau daripada petrol kepada sulfur tidak berbau yang berasal dari sistem ekzos. Apabila penukar pemangkin tidak berfungsi dengan betul ia gagal memproses gas berbahaya dan mengeluarkan bau busuk tersebut. Segera ke pusat servis berdekatan untuk melakukan pembaikan.
3. Lampu Amaran Enjin Menyala
Lampu amaran enjin akan menyala pada papan pemuka apabila penukar pemangkin tidak berfungsi dengan betul. Kebanyakan kenderaan moden dibina dengan sensor oksigen yang memantau kecekapan penukar pemangkin. Apabila gas berbahaya tidak dimangkin dengan sewajarnya, sensor oksigen akan mengesan paras gas ekzos yang tidak diproses dengan tinggi. Hal ini yang menyebabkan lampu amaran enjin menyala.
4. Pecutan Lemah
Sekiranya anda mendapati prestasi enjin dan kuasa berkurangan ketika memandu adalah tanda penukar pemangkin rosak. Jika bahagian enjin lain seperti palam pencucuh, penapis dan penderia masih dalam keadaan baik, maka penukar pemangkin mungkin menjadi punca pecutan yang lemah.
5. Pengeluaran Asap Hitam
Umum ketahui, penukar pemangkin tersumbat menghalang gas berbahaya daripada keluar dari enjin dengan betul. Apabila gas berbahaya ini terkumpul, ia menjadi lebih tebal dan gelap.
Pengeluaran asap tebal dan berwarna gelap daripada ekzos kereta menunjukkan bahawa terdapat kerosakan pada penukar pemangkin. Segera lakukan pemeriksaan di pusat servis untuk pembaikan lanjut.