Merah, Kuning, atau Hitam? Kenali Warna Bendalir Stereng Kenderaan Anda!

Warna bendalir stereng umumnya adalah warna merah, namun ia boleh berubah menunjukkan ia ada kerosakan. Sebagai pengguna kenderaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk anda mengetahui jenis warna dan tanda kerosakan agar anda boleh melakukan pembaikan segera. Berikut adalah jenis-jenis warna bendalir stereng yang perlu anda ketahui:

Getz Automotive LLC
Sumber : Getz Automotive LLC

1. Merah atau Merah Jambu

Bendalir stereng biasanya berwarna merah. Namun sesetengah pengeluar menggunakan bendalir yang berwarna merah jambu atau jernih pada kenderaan. Penggunaan bendalir stereng dalam warna lain adalah disebabkan memudahkan mekanik dan pengguna kenderaan dapat mengenali perbezaan warna dan mudah mengesan punca kebocoran bendalir dalam kenderaan. Hal ini kerana minyak transmisi juga adalah warna merah.

2. Berkeladak atau Berbuih

Jika warna bendalir kelihatan berkeladak atau berbuih, ia adalah salah satu tanda terdapat kemasukan air dalam sistem bendalir stereng kenderaan. Perbezaan warna ini boleh memberi kesan kepada kawalan kenderaan anda. Selain itu, air di dalam bendalir stereng juga boleh menunjukkan kebocoran pada bahagian lain dalam kenderaan anda. Oleh itu, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan bagi menjaga keselamatan anda ketika memandu.

Auto Repair
Sumber : Auto Repair

3. Hitam atau Perang

Warna hitam atau perang adalah tanda bendalir stereng telah mengalami degradasi di mana anda tidak lakukan penyenggaraan atau penggantian bendalir bagi tempoh masa lama. Warna bendalir stereng yang perang dan lebih teruk berwarna hitam adalah tanda bendalir yang sangat lama.

Pam stereng tidak dapat berfungsi secara optimum dengan penggunaan bendalir lama dan stereng kenderaan akan berasa kaku. Lakukan penggantian bendalir dengan segera untuk memastikan pergerakan stereng yang lancar.

4. Kuning

Kebocoran penyejuk di dalam enjin akan menyebabkan sebahagian daripada penyejuk memasuki dalam tangki bendalir pam stereng dan menyebabkan bendalir itu berwarna kuning. Walaupun ia bukan situasi yang membimbangkan, namun perbezaan dalam kepekatan bendalir boleh menjejaskan fungsi stereng. Bendalir yang tercemar tersebut perlu digantikan untuk mengelakkan kerosakan sistem stereng kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!