Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO, Sarawak pada 21-23 November yang lepas.

ss7
Proton Miri, Sarawak

Tiga buah PSD yang terlibat ialah Proton Melinau Tun Jugah Kuching, Proton JL 4S Miri, dan Honda Northmont Kuching. Program audit kenderaan konsesi tersebut telah dihadiri oleh tiga orang pegawai SPK iaitu, Ir. Ts. Rozian So-om, Jurutera Kanan; En Nazaruddin Abu Bakar, Penolong Jurutera Kanan dan En Amirulbahri Mantor, Penolong Jurutera Kanan.

ss4
Proton Melinau Tun Jugah Kuching, Sarawak

Pelaksanaan program ini adalah salah satu inisiatif pihak kementerian untuk memeriksa keadaan kenderaan konsesi dan memastikan pembaikan dijalankan sebaiknya. Maklum balas daripada pengguna atau pegawai kenderaan juga turut diambil bagi tujuan pemantauan dan panduan untuk penambahbaikan.

ss6
Honda Northmont Capital, Kuching
ss5
Honda Northmont Capital, Kuching

Di samping itu, turut diadakan satu sesi taklimat peraturan dan prosedur pengurusan kenderaan kerajaan dan pengurusan buku log kenderaan kerajaan dan pengurusan kenderaan konsesi SPANCO kepada para pegawai kenderaan dari jabatan dan agensi yang terlibat. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En Tuan IR Rozian Jurutera Kanan SPK dan En Nazaruddin Abu Bakar, Penolong Jurutera Kanan SPK dan En Mohd Faiz Izwan Ishak, Eksekutif Unit Kawalan Senggaraan dan Operasi PSD SPANCO.

ss8
Taklimat Di Honda Northmont Capital, Kuching, Sarawak
ss9
Taklimat Di Honda Northmont Capital, Kuching, Sarawak

Wakil dari Spanco yang turut hadir pada program kali ini ialah En. Ronnie Tan Teong Heng, Ketua Bahagian Selepas Jualan, En. Richard Velayuthan, Pengurus Kanan Unit Kawalan Senggaraan dan Operasi serta Pn. Rohana Abdullah, Pengurus Unit Perhubungan Pelanggan dan Pengurusan Pematuhan.

ss10
Taklimat Di Honda Northmont Capital, Kuching, Sarawak

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!