Lokasi ATV Menarik Bagi Penggemar Aktiviti Lasak

Menaiki kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi atau lebih dikenali all terrain vehicle (ATV) adalah satu aktiviti lasak yang digemari ramai. Melalui laluan yang penuh cabaran dan dikelilingi alam semula jadi yang cantik menjadikan ia antara aktiviti yang diminati ramai kebelakangan ini. Disenaraikan antara lokasi ATV yang cantik dan wajib dikunjungi seperti berikut:

g1
Sumber : atvadventurepark

1. ATV Adventure Park KL

Warga Kuala Lumpur yang bosan dengan ‘outing’ kafe boleh melakukan aktiviti menarik bersama rakan atau keluarga di ATV Adventure Park KL pada cuti hujung minggu. Terletak di Kemensah anda dapat menikmati  pengalaman menunggang ATV di luar laluan hutan.

g7
Sumber : atvadventurepark

Taman ini mempunyai pelbagai laluan dari peringkat pemula hingga pengalaman yang sesuai untuk individu dan kumpulan. Peserta boleh menerokai kawasan hutan hijau yang subur, lereng bukit yang indah dan trek berlumpur sambil menikmati keseronokan menunggang ATV. Anda boleh melakukan tempahan awal melalui laman sesawang rasmi bagi mengelakkan kehabisan tiket.

abdrahman
Sumber : abdrahman

2. ATV Kampung Jkin Extreme Park

ATV Kampung Jkin Extreme Park yang terletak di Negeri Sembilan menawarkan aktiviti ATV luar biasa dengan laluan trek mencabar. Selain pemandangan alam sekitar yang memukau, anda boleh nikmati laluan trek yang sempit, berbatu, becak, mendaki dan menuruni bukit sejauh 2.8km. Menarik kan?

Libur
Sumber : Libur

Selain itu, terdapat juga aktiviti luar lain seperti flying fox, buaian ekstrim, rock climbing, aktiviti air dan lain-lain. Terdapat juga tempat bergambar cantik persis berada di Bandung, Indonesia. Sangat sesuai untuk yang gemar bergambar Outif Of The Day (OOTD) sebagai kenangan.

atv kunci
Sumber : Facebook @ATV Kg.Kunci Air Buang

3. ATV Kunci Air Buang

Ingin menyaksikan pemandangan sawah padi sepanjang laluan ATV? Kunjungi ATV Kunci Air Buang yang terletak di Tanjung Karang dengan litar dibuat khas ditengah sawah padi. Anda boleh memilih laluan trek sejam atau tiga puluh minit yang ditawarkan dengan harga berpatutan. Terdapat juga perkhidmatan ‘drone’ bagi merakam memori anda di sini sepanjang bermain ATV.

374740045_324606766751438_916538596109609685_n
Sumber : Facebook @ATV Kg.Kunci Air Buang

Bagi sesiapa yang merancang datang bersama keluarga anda tidak perlu risau kerana terdapat ATV bagi kanak-kanak juga. Dari segi faktor keselamatan pula anda tidak perlu risau kerana pakar yang bertauliah akan menyelia anda.

bintong
Sumber : Facebook @Atv Bintong Perlis

4. ATV Bintong

ATV Bintong di Kampung Bohor Janggus, Perlis mendapat sambutan hangat penggunjung kerana dapat menikmati suasana indah dan mendamaikan kampung- sambil melayari pemandangan memukau sawah padi menghijau.

Anda dapat melalui laluan sejauh lima kilometer merangkumi kawasan kampung dengan pemandangan sawah padi, banjaran Nakawan dan terowong air lencongan barat. Lakukan tempahan awal menerusi laman sesawang bagi menikmati percutian indah.

gopeng
Sumber : Facebook @ATV Gopeng

5. ATV Gopeng

Selain menerokai Gua Tempurung, glamping dan aktiviti air di Gopeng, anda boleh melakukan aktiviti ATV yang bukan sahaja menarik malah mencipta kenangan baru di bandar pelancongan ini.

gopeg
Sumber : Facebook @ATV Gopeng

Menariknya ATV Gopeng adalah anda boleh melalui banyak laluan yang menyelusuri kampung di dalam kawasan Gopeng antaranya Kampung Chulek, Kampung Jahang dan Gunung Panjang. Selain itu, anda juga dapat menempuhi laluan anak sungai dan beberapa kawasan trek berbatu yang agak mencabar tahap adrenalin seseorang. Terdapat sebanyak empat pakej yang ditawarkan iaitu leisure trail, fun trail, adventure trail dan river trail. Anda boleh pilih pakej mengikut cita rasa anda yang pasti menyeronokkan!

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!