Punca Cetusan Enjin Kenderaan Terputus (Misfire)

Enjin kereta misfire biasanya berlaku disebabkan oleh beberapa punca tertentu. Sebagai pemandu kenderaan yang bertanggungjawab, anda perlu ketahui puncanya agar dapat melakukan penyenggaraan sebelum berlaku kerosakan teruk. Kenali antara punca enjin kenderaan misfire seperti berikut:

1. Masalah Sistem Pencucuhan

Sistem pencucuhan moden mempunyai pelbagai komponen seperti modul kawalan, penderia kedudukan aci engkol, gegelung pencucuh, but palam pencucuh, wayar palam pencucuh dan palam pencucuh.

Setiap silinder pembakaran enjin mempunyai pek gegelung pencucuh yang menghantar elektrik ke palam pencucuh, yang kemudiannya menyalakan campuran bahan api. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah pada komponen tersenarai boleh menyebabkan kegagalan penyalaan yang menyebabkan enjin kenderaan mengalami kerosakan.

2. Masalah Penghantaran Udara dan Bahan Api

Sistem bahan api menyimpan dan membekalkan bahan api kepada enjin yang dinyalakan oleh palam pencucuh. Pam bahan api mengeluarkan gasolin (petrol) dari tangki bahan api dan membekalkannya kepada penyuntik bahan api. Gasolin akan melalui saluran dan penapis bahan api sebelum sampai ke penyuntik bahan api.

Campuran udara dan bahan api di dalam kebuk pembakaran ini akan dinyalakan oleh palam pencucuh. Letupan yang terhasil menyebabkan enjin bergerak dan mewujudkan daya putaran yang diperlukan untuk menggerakkan kereta anda. Namun, penyuntik bahan api yang tersumbat, pam bahan api, penapis bahan api atau kebocoran vakum dalam saluran bahan api boleh mengganggu campuran bahan api dan udara. Hal ini akan menyebabkan tekanan bahan api rendah hingga mengakibatkan enjin tidak berfungsi.

3. Masalah Mekanikal Enjin

Setiap silinder di dalam kebuk pembakaran mengandungi omboh yang memampatkan campuran bahan api udara untuk pembakaran lengkap. Apabila omboh bergerak ke atas, silinder mesti kekal tertutup sepenuhnya untuk menghasilkan mampatan yang mencukupi.

Masalah enjin dalaman yang menghalang silinder daripada bergerak dengan betul boleh menyebabkan kehilangan mampatan dan menyebabkan kerosakan mekanikal. Ia adalah punca berlakunya masalah enjin yang memerlukan pembaikan segera.

4. Masalah Sensor dan Modul

Kenderaan moden mempunyai beberapa penderia yang digunakan oleh PCM (Modul Kawalan Kuasa) untuk mengawal fungsi kritikal seperti penghantaran bahan api, tekanan bahan api, pemasaan percikan dan lain-lain. Oleh itu, masalah sensor boleh menyumbang kepada enjin yang tidak berfungsi dengan betul. Anda perlu lakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah untuk pembaikan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!